Saturday, March 31, 2007

Sikap pompuan yang tidak difahami lelaki

Ini ada sedikit analogi masalah kaum hawa dari pujangga yang tidak diketahui mengenai sikap sesetengah daripada kita. Tapi ada betulnyanya jugak. Cubalah baca...

Sikap pompuan yang sesetengah lelaki sampai sekarang tak dapat nak
faham:

Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia
cakap sebab dia nak
sentiasa up to date, tapi kalau saya beli kasut
baru pasal kasut lama
saya dah koyak dia cakap saya nak mengorat awek
lain.

* Kalau dia puji Tom Cruise tu hendsome dia cakap
sebab dia memang
peminat setia, tapi kalau saya puji Siti
Nurhaliza tu cantik dia
cakap saya suka membanding-bandingkan dia dengan
perempuan lain.

* Kalau dia tak telefon saya seminggu dia cakap
itu tak bermakna dia
tak rindu saya, tapi kalau saya tak telefon dia
selang dua hari dia
cakap saya dah curang dan dah lupakan dia

* Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia
memang seorang yang
murah dengan senyuman, tapi kalau saya senyum
dekat perempuan lain
dia cakap saya nak mengorat ler tu.

* Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem, tapi
kalau saya lewat
dia cakap mesti saya nak beri alasan jalan jem.

* Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti
ada "give and take"
tapi kalau sesekali saya suruh dia bayar
lunch,dinner atau tiket
wayang mesti dia cakap saya ni tak gentleman,
last-last saya jugak
yang kena bayar.

* Kalau dia diam memanjang, dia cakap dia tak ada
mood dan tak tahu
apa nak cakap, tapi kalau saya diam memanjang dia
cakap mesti saya
tengah teringatkan perempuan lain.

*jadi terimalah mereka seadanya....kerana kejadian
mereka pun dari
tulang rusukmu yang bengkok...luruskan mereka
dengan lemah lembut.................

Thursday, March 29, 2007

Ribena tiada vitamin C

Ini ada satu berita penipuan, selama ni pun aku pun ingat Ribena memang ada Vitamin C, mahal pulak tu. Ramai jugak rakyat Malaysia kena tipu ni, boleh mintak ganti rugi ker?

WELLINGTON 27 Mac - Pengeluar produk kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline hari ini didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular, Ribena sebenarnya tidak mengandungi vitamin C.

Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.

Pengakuan itu dibuat dalam saman yang difailkan oleh sebuah badan pemerhati pengguna, Suruhanjaya Perdagangan selepas sebuah projek sains sekolah pada tahun 2004 mendedahkan dakwaan palsu tersebut.

Ribena telah lama dijual sebagai minuman kesihatan berdasarkan iklan yang mendakwa jus buah beri itu mengandungi lebih banyak vitamin C daripada jus oren.

Iklan GlaxoSmithKline di negara ini mendakwa jus Ribena yang sedia diminum mengandungi tujuh miligram vitamin C bagi setiap 100 mililiter.

Bagaimanapun pelajar sekolah tinggi, Anna Devathasan dan Jenny Suo yang ketika itu berusia 14 tahun mendapati Ribena hampir tidak mengandungi sebarang vitamin C selepas menguji minuman berasaskan sirap itu sebagai sebahagian projek sains mereka pada tahun 2004.

Hakim Mahkamah Daerah Auckland, Phil Gittos mendenda GlaxoSmithKline dan mengarahkan syarikat itu untuk membetulkan iklannya selain menyiarkan mesej berkaitan di laman webnya. Kedua-dua pelajar terbabit turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan tersebut.

"Kami berasa agak bangga dan begitu teruja. Sekiranya kami tidak melakukan ujian sains itu tiga tahun lalu, Ribena mungkin dipromosikan selama-lamanya sebagai kaya dengan khasiat vitamin C," kata Devathasan kepada National Radio.

Devathasan berpendapat denda yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi kerana GlaxoSmithKline adalah sebuah syarikat yang mengaut keuntungan berbilion dolar.

Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan, Paula Rebstock menyifatkan kedua-dua remaja itu sebagai sumber inspirasi sebenar kepada semua orang di suruhanjaya itu.

- AP

Wednesday, March 28, 2007

Apakah anda penggemar kangkung ?


Jika anda penggemar kangkung, tidak kira ca kangkung, petis
kangkung, kangkung cos, dan lain-lain yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita
ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.

Cerita ini dari seorang Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, tapi dia lupa
di negara mana, yang jelas ceritanya berlaku di Singapura atau Malaysia.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan
kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut.
Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari
menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak
itu, namun diarheanya tidak sembuh.

Di klinik orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor,
makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.
Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarhea anak
tersebut tidak mau makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malamnya anak tersebut baru saja diajak makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan X-Ray, ternyata di usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung, yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang enak. Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang tadinya hanya 1 dalam 2 hari berkembang biak dengan cepatnya karena terus menerus menghisap
darah yang ada, doktor juga kebingungan, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jadi hati-hatilah bila makan kangkung, kemungkinan ada "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua
sebelum masak/makan kangkung.



Friday, March 16, 2007

Bila Duit Bercerita

Cerita pendek ni aku dapat daripada email, entah saper mereka cerita ni tapi memberi sendiran yang sinis tentang cara orang kita menghabiskan duit termasukla aku. Ceritanya berbunyi begini…

    Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

    “Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”

    Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

    Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..

    Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.

Pengajaran daripada cerita… Manusia tak kedekut untuk berbelanja.. tapi kedekut untuk menderma..

Cerita pasal derma ni teringat pasal undian sms rancangan realiti tv.. Sebab undian yang diberi boleh diibaratkan derma kepada orang yang telah kaya..

Ramai sanggup mencipta rancangan realiti untuk mempopularkan seseorang atas nama hiburan, tetapi belum banyak yang sanggup mempopularkan realiti kehidupan orang yang benar-benar memerlukan pertolongan… sistem undian sms sepatutnya digunakan dan diberikan kepada orang yang betul-betul memerlukan.. sepatutnya rancangan realiti yang berunsurkan menolong orang yang miskin perlu diwujudkan dengan lebih banyak.. Contohnya.. kalo nak tolong orang miskin, orang miskin aja yang boleh masuk ujibakat menyanyi tu. Kalo orang tu dah kaya, dia tak perlu undian ehsan daripada orang ramai. Undian sms pula berilah terus kepada si penyanyi, organizer tak boleh ambil duit sms tersebut.. sebab dia dah makan duit daripada syarikat iklan. Jadi, barulah adil.. kalo tidak.. seolah-seolah nampak macam sindiket peminta sedekah.. suruh budak-budak minta sedekah tapi sindiket yang dapat duit banyak.. peminta sedekah hanya dapat makan nasik lemak sebungkus… ader ke patut macam tu.. ia seolah-seolah sindiket peminta sedekah yang halal..
Apa yang berlaku sekarang ni, peminta sedekah (peserta realiti tv) adalah terdiri daripada org yang berduit dan penganjur rancangan pula adalah sindiket penguruskan peminta sedekah. Bezanya, Ia dihalalkan sebab dia ada lesen.. dan ia dilakukan dengan lebih teratur dengan modal yang banyak, kalo kat tepi jalan atau pasar malam macam peminta sedekah kecil-kecilan, confirm kena halau dengan dewan bandaraya. Hehehe.. itulah yang aku terfikirla.. so, sesapa yg terasa tu mintak maafla.. tak berniat nak menyinggung sesapa.. Perlu diingatkan ini adalah idea merapu sahaja.. tak semestinya betul.. tak gitu?


Wednesday, March 14, 2007

Cara Masak Salmon

Hari ni terbaca satu blog, nama dia jom pancing, http://jompancingsokmo.blogspot.com. Tapi bukannya memancing yang menjadi tarikan aku tetapi resepi ikan salmon kat situ. Nengok gambornya, sedap bebenor. Namanya Resepi Salmon Goreng Dengan Sos Lemon,



Bahan-bahan ( utk 2 orang )
2 slices salmon
2 + 1 sudu besar lemon
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch

Cara-cara:

Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. Sapukan dengan tepung gandum.
Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.

Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.

Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.


Ikan salmon ni kalo makan kat kedai mahal giler, jadi baikla pergi beli ikan tu sendiri dan masak kat rumah barula puas hati.

Tuesday, March 13, 2007

Tears In Heaven Unplugged

Kepada peminat-peminat guitar kapok, aku nak cabar nkorang buat unplug skit.. Ni ada video dari youtube…





Kisah Seorang Kaki Pancing



Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

ambil dari gelihati.blogspot.com


Monday, March 12, 2007

Mekanik Merapu


Gila betul mekanik ni, kereta punya ekzos pun boleh bantai jadikan bahan.. memang betul dunia nak kiamat nih.. Tergelak besar aku, nak baca cerita pasal mamat ni, kat bawah ni aku paste untuk nkorang, tulisan asal boleh dapat kat blog carscoop.blogspot.com


WARNING: Keep this fool away from your M5. There are a lot of ways to love your car, but this guy has taken it literally. British mechanic Chris Donald has what many refer to as “auto-eroticism”. In a nutshell, he humps cars. He’s even made a web-site dedicated to the many auto-erotics out there where he tapes himself doing it with a car.

This guy says “It’s all about imagination and creativity. There’s more to car love than exhaust pipes. Stroking the body panels and delicate touching makes excellent foreplay.” We say, “GET A GIRLFRIEND”. But apparently, the young lad is a very happy and normal (cringe) relationship.



TV Brunei Online



TV Brunei, sesuai untuk seisi keluarga.

Sunday, March 11, 2007

Letih Berjongging



Hari ni pergi jogging.. rasanya dah 6 bulan tak berjogging.. hari ni cuti-cuti ni turunla jogging… yerla nak pergi minum kat mamak pun takde kawan yang sudi minum bersama.. so aktiviti yang ada di tahap penuh keboringan ni ialah berjogging keseorangan. Sedih kan orang tak de kawan ni. Maklumla insan merantau macam aku ni tiada kawan. Kawan masa belajar dulu ada la.. tapi semua dok jauh-jauh.. tinggal la kawan sepejabat. Yang dekat-dekat ni semua sibuk layan keluarga masing-masing.. Yang jauh pun macam tu jugak rasanya. Yang suka keluar tu aku tak kenal la pulak, yang ada hanyala yang nak jual insurans, yang nak jual ubat, yang nak jual vitamin, yang nak jual macam-macam.. yang nak keluar beriadah.. seorang pun tak de.. Ada jugak yang ajak main futsal.. aku pulak kaki bangku, tak reti nak main.. pergi sekali, main 5 minit dah pancit. jadi takley la nak join geng main bola.. Jadi susah sungguh la hidup seorang kaki bangku ni.. Kepada anak-anak muda.. belajarla main bola, nanti senang nak berkawan..
So.. aku turunla berjogging.. ceh.. mula-mula semangat berkobar-kobarla aku ni nak lari lam satu jam konon.. tup-tup 5 minit jer aku berlari.. pastu aku berjalan.. teruk betul la nafas aku sekarang, rasa macam kering tekak, tak cukup air.. tapi kaki kuat lagi.. padahal sebelum keluar baru jer minum air.. bahaya la, kalo aku biar nafas aku macam ni.. rasa macam cepat benor nak mati. Kalo biar lama-lama tak berjogging, aku rasa boleh jem jantung aku ni. Kalo masa muda-muda remaja dulu 5km pun buat tak paham jer.. ini 5 minit dah pancit, rasa macam ada penyakit jer…
Nak kata penyakit pun tak derla demam sampai takley pergi kerja, cuma jantung la kot, dah tak kuat.. cepat benor letih.. berlari sekejap jer letih, dah tak secergas sewaktu muda remaja.. Aku tak tahu la macam mana orang hisap rokok tu boleh kuat lagi main bola.. lepas hisap rokok main bola.. pun boleh tahan. Aku tak hisap rokok pun tak boleh tahan berjogging lelama. Maybe diorang dah biasa. Yang penting kita biasa buat aktiviti-aktiviti fizikal ni. Tak kira lah hisap rokok ker tak hisap. Janji amalan fizikal ni perlu diamalkan secara istiqamah. Tak boleh sekejap buat sekejap tak buat. Kalo tidak kita tak kan dapat faedah dari amalan tu… dapat letih jer la. Betul tak?

Saturday, March 10, 2007

Sensasi kena ban pasal Rosnah

Ini ada lagi satu isu yang sampai kat telinga aku skang ini. Citer pasal Rosnah Mat Aris yang
merapu keterlaluan dalam rancangan siaran langsung sensasi tv3. Kat bawah ni aku jumpa klip video merapu keterlaluan tersebut.






Hehe.. parah jugak ayat2 dia ni.. lazer melampau. Patutla sensasi kena ban. Kata orang kalo nak berhibur biarla sederhana, tak boleh melampau.. dia cuba nak buat sensasi melampau kot. Tapi kalo nak difikirkan, kenapa dia tak ban si Rosnah tu.. Rosnah tu yang merapu kan.. Pengajarannya kan.. menda-menda macam ni tak boleh buat siaran langsung kot.. barulah boleh potong dulu.. kesian kat tv3.. kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga.. Tu la.. kalo nak bercakap tu biarla pikir dulu.. tak pasal-pasal kena ban.. bikin rosak program orang jer..
Harap-harap TV3 belajar dari kesilapan ini.



Tags: , ,

Peserta Akademi Fantasia 2007



Bagi sesapa yg minat sangat tengok Akademi Fantasia Astro tu.. tengokla gambar-gambar peserta tahun 2007 ni ha.. ada yang hensem ada yang tak hensem.. ada yang cute.. ada yang comel.. tak tahu la sapa yang menang.. yang muka cam mawi pun ada

Friday, March 9, 2007

Citer Pasal Linda Onn

Hari ni aku dapat email pasal isu Linda Onn yang tengah hangat sehingga beliau diminta berehat oleh pihak pengurusan beliau. Aku sebenarnya tak tahu sangat pasal kes ni, tapi jelasla bil baca email ni. Kat bawah ni aku paste kat nkorang untuk bacaan masa lepak-lepak dan boring-boring. Bukannya apa saja jer merapu jaga tepi kain orang glemer.. Tapi tak tahu la pulak email ni betul ker tidak ni.. Rasa nak baca, baca.. tak nak baca sudah.. menda2 merapu ni tak payah serius sangat, saja jer baca sebab nak tahu perkembangan semasa.

PERINGKAT AWAL

* Penghujung Januari 2007 - Linda diberitahu oleh
Rostam (Pengurus Program Era) tentang pemilihan Linda
untuk ke Los Angeles.
* Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama
Nini (Star Movies),Linda kemudian berhubung dengan
Shamel (pegawai Star Movies) untuk perkara-perkara
yang lebih lanjut.

- Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan
mencari pakaian jenama antarabangsa untuk Linda bagi
acara besar ini.

- Surat permohonan pinjaman/tajaan baju daripada BCBG
diberikan kepada Linda (bertarikh 9

Februari 2007 seperti dilampirkan).

- Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi
ke Butik BCBG (KLCC) dan mencuba pakaian mereka.
Setelah dipilih pakaian yang sesuai dengan imej Linda,
Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG bahawa
pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk
ditaja. Hanya pakaian model baru yang boleh ditaja.
namun pakaian model baru tidak sesuai dengan imej
Linda dan Linda mengambil keputusan menggunakan
khidmat Jovian (yang mana Linda mengupahnya untuk
pakaian Linda bagi acara Anugerah Bintang Popular)

- Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan
meminta lakaran pakaian tersebut ditunjukkan terlebih
dahulu kepada pihaknya. Peluang ini digunakan Linda
untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan imej
Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.

- Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama
pakaian tersebut dalam proses disiapkan, dengan
bangganya Linda memberitahu bahawa pakaian Linda
adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri
wanita timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat)
.

- Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas
ke LA (22hb Feb), Linda diberi surat sokongan oleh
pihak STAR Movies untuk permohonan VISA US. 16
Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan
VISA bersama kakak (Intan) dan ianya diluluskan. Pihak
kedutaan meminta kami kembali untuk mendapatkan VISA
pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies maklum akan
proses permohonan dan kelulusan visa ini.

Kronologi peristiwa (’kehilangan’ Linda)

20 Feb 07

- Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman
Linda dan Dominic ke Los Angeles untuk acara ‘Live
From The Red Carpet-79th Academy Awards’ anjuran Star
Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama
beberapa staf Star Movies yang lain turut hadir.

- ‘Sketch’ atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian
ditunjukkan kepada Shamel dan Shamel kemudiannya
menunjukkan kepada Nini sebelum sidang akhbar bermula.
Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang diberi
dan Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.

- Di sidang akhbar yang sama,nama Jovian sebagai
pereka Indonesia untuk baju Linda dinyatakan dihadapan
Nini dan berbelas wartawan yang lain.

- Keadaan masih berjalan lancar.

21 Feb 07

- Berita mengenai sidang akhbar disiarkan di
kebanyakan akhbar di Malaysia

22 Feb 07 (waktu Malaysia)

- Semuanya dalam keadaan baik seperti yang dirancang.
Linda dan Intan bertolak ke Los Angeles dari KLIA jam
3 petang.

- Kapal terbang transit di Taipei.

-Keadaan masih baik. Tiada sebarang panggilan atau sms
diterima daripada sesiapa.

22 Feb 2007 (waktu LA)

- Tiba di LAX Airport, Los Angeles lebih kurang jam 7
malam (11 pagi waktu Malaysia- 23 Feb)

- Sejurus tiba, Linda menerima sms daripada Pengurus
Besar Stesyen Radio ERA (En. Rostam) meminta Linda
menghubungi beliau dengan segera.

-Setelah dihubungi, beliau menyatakan Pihak Pengurusan
Tertinggi ASTRO (majikan Linda) menerima panggilan
telefon daripada seseorang yang berpengaruh di Jabatan
Perdana Menteri (JPM) yang ‘melarang’ Linda mengenakan
pakaian pereka fesyen Indonesia (Jovian) untuk acara
‘red carpet’ di Academy Awards nanti dengan alasan
mempertikaikan mengapa Linda menggunakan khidmat
pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen tempatan.

- Rayuan Linda tidak diterima oleh Rostam.

-Setelah itu,perbualan demi perbualan telefon
berlangsung antara Linda dan Pengurus Rangkaian AMP
(Cik Kudsia Kahar) yang mana Linda merayu untuk terus
mengenakan pakaian yang telah sedia ada dibawa.

- Menurut Kudsia,pakaian gantian akan diterbangkan ke
LA.

- Rayuan Linda tidak diterima oleh Kudsia.

23 Feb 07

- Keluar bersama Dominic,Cheng (PA Star Movies) untuk
berjumpa Debra (produser) di Kodak Theatre untuk
mempelajari kedudukan kamera,hos dan sebagainya.

- Perbincangan Linda,Dominic dan Debra berjalan dengan
lancar

- Rayuan demi rayuan terus dibuat oleh Linda kepada
Kudsia. Kudsia cuba membantu menenangkan fikiran Linda
yang terganggu mengenai perkara ini .

- Perbualan telefon yang sangat panjang tetapi tetap
diakhiri dengan keputusan yang sama.

- Linda meminta Kudsia memberi bukti ‘larangan’dalam
bentuk bersurat (hitam-putih) dimana Pihak Pengurusan
Tertinggi ASTRO menerima arahan daripada seseorang di
Jabatan Perdana Menteri tetapi menurut Kudsia,tiada
surat menyurat antara mereka. Katanya, surat rasmi
tidak diperlukan oleh kerana panggilan tersebut dibuat
pada waktu malam, kira-kira 10.30 malam pada hari
Khamis (22 Feb) (waktu Malaysia) kepada Pihak
Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall.
Menurut Kudsia lagi , panggilan yang dibuat oleh
seseorang daripada JPM sudah cukup kuat untuk sesuatu
arahan. Andaikata pakaian tersebut disarung
juga,pelbagai masalah akan timbul. Antaranya lesen
stesyen TV akan ditarik,kontrak sebuah siaran TV tidak
[WINDOWS-1252?]akan disambung dan kerjaya serta kontrak Linda di
stesyen TV dan radio bakal tergugat.

-Linda bertanya kepada Kudsia � Benarkah termaktub
dalam mana-mana undang-undang yang menyatakan orang
Malaysia tidak boleh mengenakan pakaian pereka luar
negara? Jawab Kudsia - Beliau bersetuju yang sepanjang
pengetahuannya,tiada undang-undang sedemikian.

-Puas Linda memujuk Kudsia agar beliau dapat berbual
dan memujuk pihak atasan supaya Linda boleh mengenakan
pakaian yang selesa dan sesuai dengan Linda tetapi
beliau mengatakan ini adalah arahan pihak atasan,bukan
dari beliau.

- Menurut Kudsia,beliau berkali-kali merayu bagi pihak
Linda kepada pihak atasan dan terus memujuk Linda
supaya menerima keadaan.

- Perbualan yang sangat panjang bersama Kudsia dan
rayuan serta pujukan membuat Linda tersentuh untuk
mempertimbangkan semula walaupun dalam keadaan yang
amat berat.

- Menurut Kudsia,pakaian Linda akan diterbangkan
bersama dengan salah seorang pereka terkemuka di
Malaysia

- Rayuan dibuat kerana Linda kurang selesa dengan
pertukaran pada saat-saat akhir (last minute).
Tambahan lagi pakaian tersebut dikatakan dibuat dalam
keadaan ‘kecemasan’

- Linda terus menanti pakaian yang akan tiba dan
mengharap kesesuaian pakaian tersebut.

24 Feb 07

- Seperti yang diaturkan oleh Cheng,perjumpaan untuk
‘rehearsal’ bersama Debra akan diadakan pada jam 5.30
petang tetapi Cheng telah datang ke bilik Linda lebih
kurang jam 3.30 petang untuk membawa Intan (kakak
merangkap pembantu peribadi) pergi mencari bodysuit.
Menurut Cheng ini adalah atas arahan pihak Star
Movies.

- Intan enggan menemani Cheng kerana tidak mahu
meninggalkan Linda seorang di dalam bilik.
Walaubagaimanapun,Linda telah memberitahu Cheng saiz
yang sesuai untuk Linda.

- Akhirnya,kami tidak pasti kenapa Cheng tidak keluar
membeli apa yang telah diarahkan oleh pihak Star
Movies kepadanya

- Cheng tidak keluar dari bilik kami dan berkali-kali
mengatakan dia tumpang duduk di bilik kami kerana
biliknya sedang dikemas (housekeeping)

- Lebih kurang 5 petang,kami pergi ke pejabat Debra
untuk menjalani latihan (rehearsal)

- Linda mendapat berita daripada Cheng bahawa Nini
(Star Movies) akan tiba bersama pakaian rekaan Radzwan
Razwill. Tidak dinafikan,pereka tersebut adalah pereka
yang terkenal dan Linda bersetuju rekaan-rekaan beliau
amat menarik.

25 Feb 07

- Seperti yang diaturkan,pada jam 10.30 pagi,jurumekap
dan jurudandan rambut akan datang ke bilik Linda untuk
memulakan persiapan bagi acara Academy Awards dan kami
harus bergegas ke Kodak Theatre pada jam 12.30
tengahari

- Tiada apa-apa berita mengenai pakaian Linda .

- Pada jam 6 pagi,Cheng datang ke bilik kami dan
memohon supaya Linda mengadakan latihan bersama Nini
yang baru tiba dari Malaysia dan kemudiannya menjalani
latihan bersama Dominic pula.

- Intan agak terkejut kerana tiada apa-apa rancangan
yang diaturkan sebelum ini mengenai perkara ini dan
tidak mahu mengganggu masa rehat Linda.

- Cheng memohon Intan menelefon Nini terus dan
kemudian pulang ke biliknya.

- Perbualan antara Intan dan Nini menyentuh mengenai
pakaian. Intan terus merayu dan memohon berkali-kali
kepada Nini supaya mempertimbangkan semula permintaan
kami memandangkan masa yang diberi sudah sangat suntuk
. Walaubagaimanapun,Intan memohon Nini datang ke bilik
untuk melihat pakaian yang sedia ada dibawa oleh
Linda.

- Setelah melihat,Nini memberi pujian pada pakaian
tersebut namun tetap dengan pendiriannya.

- Perbualan Intan dan Nini diakhiri dengan permohonan
Nini untuk mengadakan sesi latihan pada jam 9 pagi dan
akan menyentuh semula mengenai pakaian hanya selepas
latihan. Kata Nini,”We’ll talk about the dress later”

- Selepas latihan dijalankan bersama Dominic,lebih
kurang 11 pagi,jurumekap dan pendandan rambut sudah
pun berada di bilik.

- Keadaan berjalan lancar. Nini tidak langsung
menyentuh soal pakaian bersama Linda.

- Dalam keadaan persediaan,Nini muncul bersama pakaian
yang dibawanya lebih kurang jam 11.30 pagi.

- Keadaan menjadi sedikit tegang dan tertekan kerana
kami menyangka soal pakaian bukan lagi menjadi isu.

- Akhirnya Linda menyarungkan pakaian tersebut dan
ternyata tidak selesa disebabkan ;

1) Korset yang tidak sesuai dan tidak selesa dengan
bahagian atas tubuh Linda. (Ini kerana tiada proses
‘fitting’/ukuran badan yang dilakukan bersama
Radzuan). Lalu kata Nini,gunakan saja pakaian dalam
Linda yang ada dibawa untuk menyesuaikan korset
tersebut agar padan di badan. Linda rasa kurang
selesa. Ini kerana, agak kurang manis dan tidak sesuai
apabila mengenakan kebaya berkorset tetapi ‘tali’
pakaian dalam dapat dilihat jelas. Ini sedikit
sebanyak boleh mengganggu konsentrasi persembahan
Linda.Tiada pakaian tambahan yang Linda bawa kerana
tidak sangka terjadi hal sebegini di saat akhir.

2) Kain lace baju kebaya itu berwarna coklat cair
(skin color) yang mana jelas seolah-olah menampakkan
sebahagian besar warna kulit Linda. Ini juga turut
membuatkan Linda kurang selesa. Linda tidak mempunyai
masalah mengenakan baju lace jika ia berwarna lain dan
bukan seperti ’skin color’. Jika ia berwarna,mungkin
boleh dipertimbangkan lagi.

* Dalam keadaan yang terlalu suntuk,Linda seolah-olah
tidak diberi peluang untuk membuat pilihan. Linda
tidak menyalahkan pereka fesyen tersebut kerana kami
tidak pernah bertemu untuk sesi ukuran badan dan
pilihan pakaian,apatah lagi menanyakan tentang
keselesaan Linda.

* Linda cuba terus bersikap terbuka dan berkompromi.
Andaikata Nini membawa beberapa pasang pakaian gantian
(2 , 3 atau 4) dari Malaysia di saat-saat akhir
begini,pastinya Linda ada beberapa pilihan, tapi hanya
satu sahaja baju gantian yang dibawa dan itu sahaja
baju yang boleh keluar di TV? (Pada awalnya,Linda
sangka mereka akan terbangkan beberapa pasang baju
gantian supaya Linda boleh membuat pilihan)

* Intan dan Linda merayu buat kesekian kalinya agar
Nini mempertimbangkan semula permintaan kami untuk
mengenakan baju Jovian di saat-saat akhir,namun Nini
tetap berkeras.

* Nini berkata,”You are not doing a fashion show,you
are just the host”. (Anda bukan membuat persembahan
pakaian,anda hanya sebagai pengacara). Begitu jugalah
di benak fikiran Linda. Linda bukan seorang model
pakaian tetapi hanya pengacara. Mengapa semua orang
begitu terdesak mengenai pakaian Linda ?

* Menurut Nini,pakaian rekaan Radzwan Razwil ini telah
diperlihatkan kepada pihak pengurusan tertinggi
(antaranya Rohana-CEO Astro,Kudsia Kahar dan Ralph
Marshall) yang berada di Malaysia dan hanya pakaian
ini sajalah yang boleh ditayangkan di acara siaran
langsung itu. Pakaian lain tidak dibenarkan untuk
ditayangkan. Apatah lagi baju Jovian.

* Linda bertanya kepada Nini apakah perkara yang
paling buruk akan terjadi jika Linda terus memakai
pakaian Linda. Jawab Nini,” Linda,If you don’t wear
this dress,you’re not going on TV”. (Linda,jika anda
tidak pakai baju ini,anda tidak akan keudara di TV)

* Apabila Linda berkata yang Linda sungguh tidak [WINDOWS-1252?]
selesa dan tidak boleh mengenakan pakaian itu,Nini
berkata dengan nada tegas,”�then you are not going to
be on tv- pack your things”. Lantas Nini terus keluar
dari bilik hotel Linda.

* Linda tersentap dan sangat sebak mendengar ungkapan
yang sungguh keras daripada beliau. Dengan harga diri
dan maruah yang sangat tinggi,Linda dan Intan mengemas
barang. Ternyata pujukan dan rayuan kami tidak
diendahkan. Linda anggap ini satu penghinaan kepada
profesionalisme Linda dan pengalaman yang Linda miliki
sepanjang karier. Sungguh tidak disangka.Hanya
disebabkan sepasang baju,penat lelah Linda ke LA,
tidak tidur malam Linda untuk acara ini,ulangkaji yang
berulang kali,berjauhan dengan keluarga di Malaysia
dan segala pengorbanan, semuanya rasa seperti tidak
berbaloi.

* Di waktu itu Linda rasa seperti diugut dan dipaksa.
Ini adalah kali pertama dalam hidup Linda sepanjang
menjadi pengacara TV hampir 10 tahun ,’diugut’
sebegini. Mengapa perlu ada nada ugutan dan nada
paksaan ? Sedangkan ini tubuh Linda dan Linda berhak
menentukan apa yang disarungkan di tubuh sendiri atau
sekurang-kurangnya ada perbincangan terlebih dahulu
dan unsur tolak-ansur. Inikah profesionalisme?

* Demi untuk mempertahankan prinsip, maruah dan harga
diri selepas diperlakukan begitu,Linda tidak ada
pilihan dan menerima hakikat walaupun, pada masa yang
sama memikirkan keghairahan untuk mengacara di acara
yang sangat berprestij itu. Bukan kemahuan
Linda,apakan daya sudah tidak dibenarkan.

[WINDOWS-1252?]* Sewaktu mengemas barang, beberapa minit selepas itu,
Nini kembali untuk mengambil semula pakaian tersebut
dan memberitahu Intan,”�Kalau wartawan tanya saya,
saya akan cakap Linda sakit teruk ya? “.

* Intan lantas menjawab � “Just tell the truth”
(Ceritakan sahaja perkara yang sebenar)

* Selepas kami mengemas, kami singgah ke bilik Cheng
untuk mengambil salinan gambar kenangan dari kameranya
tetapi dia tidak ada di situ. Selepas itu,kami ke
bilik Dominic untuk mencari Cheng. Cheng tiada. Yang
ada hanya Dominic,Nini dan 2 orang jurumekap

* Di sana, Nini dan Dominic pula merayu Linda untuk
keudara tetapi masih lagi perlu mengenakan pakaian
yang sama. Maka, Linda masih tiada pilihan.

* Di lobi hotel,Nini berjumpa kami (Linda dan Intan)
dan meminta kami mengembalikan pas masuk ke ‘red
carpet’ Academy Awards.

* Linda dan Intan terus berlalu keluar dari hotel

SPEKULASI

- Pihak Linda tahu, di tanahair pelbagai spekulasi dan
andaian negatif mengenai ‘kehilangan’ Linda dibuat dan [WINDOWS-1252?]
perkara ini melibatkan reputasi dan nama baik Linda di
dalam kerjaya mahupun masa hadapan.

- Diharap segala spekulasi dan tuduhan ramai yang
mengatakan �.

- Linda tarik diri kerana takut dengan acara besar.

- Linda tarik diri kerana gementar menemu bual bintang
Hollywood

- Linda tarik diri kerana tidak pandai berbahasa
Inggeris

- Linda tarik diri kerana terlalu penat membeli belah
di LA

[WINDOWS-1252?]- Linda tarik diri hanya kerana baju dan tidak
profesional.

- Linda tarik diri kerana ada masalah dengan
produksi,,,

- dan pelbagai lagi�.

�..sudah maklum dan jelas dengan penerangan Linda .

JOVIAN

- Jovian adalah pereka fesyen muda yang dilahirkan di
Indonesia tetapi sudah menetap di Malaysia sejak
kecil.

- Menggunakan nama sebagai pereka fesyen Indonesia
atas sebab-sebab komersial

- Beliau baru menamatkan pengajian di salah satu
institut di Malaysia.

- Bapanya adalah orang Malaysia.

- Pernah berkhidmat untuk ramai artis lain di acara2
besar (Anugerah dsb) .

- Pakaian yang dibuat untuk Linda adalah idea Linda
dan Intan (kakak) . Jovian merealisasikan

idea kami dalam bentuk pakaian siap.

- Untuk menyiapkan pakaian bagi acara ini,Linda,Intan
dan Jovian mengambil masa yang lama iaitu
berminggu-minggu dan hampir setiap hari kami
berbincang. Hinggakan Jovian pulang selewat jam 4 pagi
untuk membantu Linda dan Intan menghasilkan pakaian
yang kami inginkan semata-mata untuk acara berprestij
Star Movies ini.

PERSOALANNYA

- Mengapa tiada yang melarang pada peringkat awal
tentang perkara ini sebelum Linda berangkat ke LA?
Mengapa bila Linda di LA baru terdengar ‘larangan’
ini? Sedangkan pengesahan Linda untuk bertugas di sana
telah dibuat lebih awal. Malah sidang akhbar telah
berlangsung dua hari sebelum tarikh Linda berlepas ke
LA dan dalam majlis tersebut telah dinyatakan dengan
jelas pakaian yang akan linda kenakan sewaktu bertugas
di ‘red carpet’. Kenapa persediaan awal mengenai apa
yang boleh dipakai dan tidak boleh dipakai tidak
diberitahu awal-awal ?

- Mengapa bila ditanya dari pihak majikan Linda
mengenai perkara ini,mereka tidak berjaya mengemukakan
surat rasmi untuk arahan ‘larangan’ dan membiarkan
Linda tertanya-tanya adakah ini benar kerana tiada
sebarang pengesahan bertulis.

- Mengapa pada peringkat awal,pihak Star Movies
mencadangkan Linda menggunakan pakaian jenama
antarabangsa (contoh: BCBG,Versace dsb) untuk acara
ini (sila rujuk lampiran) dan sekarang pakaian pereka
fesyen Indonesia menjadi persoalan ?

- Mungkin Linda kurang pengetahuan tentang hal ini,
tetapi benarkah warganegara Malaysia tidak boleh
mengenakan pakaian pereka fesyen luar negara apabila
menjalankan tugas di luar negara? Ataupun perkara ini
hanya direka atas alasan tertentu?

- Andai Linda salah,harap maafkan dengan persoalan
ini- Wujudkah undang-undang sebegini sebelum ini?
Seandainya ia bukanlah undang-undang tetapi ingin
dijadikan terma dan syarat dalam tugasan ini, haruslah
ianya dinyatakan dengan jelas dan lebih awal serta
juga dinyatakan dalam kontrak.

- Mengapa pakaian pengacara Malaysia yang pergi ke
acara yang sama tahun lepas yang menggunakan pakaian
jenama antarabangsa tidak dipertikaikan,tiada larangan
dan tiada isu mengenainya ? Malah kali ini, Linda cuba
menampilkan ciri-ciri kemelayuan dan ketimuran.

- Mengapa begitu keras amarannya hanya kerana sepasang
baju? “Hanya baju itu yang boleh keluar TV. Baju lain
tidak boleh?” Mengapa tugas Linda untuk mengacara
diperkotak-katikkan hanya kerana Linda tidak dapat
memakai pakaian tersebut? Mengapa semua pihak begitu
terdesak hanya kerana sepasang baju atau cuba
memastikan hanya baju itu yang dipakai oleh Linda di
Red Carpet?

* Di manakah hak dan keperibadian seseorang dalam
mempertahankan apa yang disarung pada badan sendiri ?

* Sila rujuk lampiran keratan akhbar:-

KERATAN 1

Akhbar Harian Metro, Khamis, 1 Mac 2007, sisipan
tengah - RAP, m/s R7,

“Radzwan Nafi Baju Linda Seksi” oleh Rudy Imran.
Memetik beberapa perenggan dari artikel itu,

“Sebelum itu timbul kontroversi apabila Jabatan
Perdana Menteri (JPM) menegur Linda yang bercadang
menggayakan baju ciptaan pereka Indonesia, Jovian
Mandagie di majlis itu. JPM mengarahkan pereka
tempatan, Radzwan Razwill menghasilkan busana
menggantikan pakaian rekaan Jovian.”

“Saya tahu Linda tidak suka bergaya seksi, malah
seawal menerima arahan JPM, itu juga yang dikatakan
kepada saya supaya baju yang dihasilkan tidak boleh
seksi,” katanya (Radzwan Razwill)

KERATAN 2

Akhbar Harian Metro, Jumaat, 2 Mac 2007, sisipan
tengah - RAP, m/s R3 oleh Hartati Hassan Basri, “JPM
Nafi Arah Pereka Fesyen”. Memetik beberapa perenggan
dari artikel itu;

“Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, pihaknya
tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan menafikan
ada mengeluarkan arahan kepada Radzwan.”

“Apa yang jelas, Jabatan Perdana Menteri tidak ada
kaitan dengan perkara ini,” katanya (jurucakap Jabatan
PM) ketika menghubungi Harian Metro, semalam.

KERATAN 3

Akhbar Harian Metro, bertarikh 2 MAC 2007, Jumaat, m/s
14 (halaman nasional@setempat ), artikel “Salah faham
tempahan baju”.Memetik bebarapa perenggan dari artikel
itu;

“Saya sendiri menempah baju terbabit dan tidak timbul
isu, Radzuan menerima arahan daripada pihak lain,”
katanya. (Naib Presiden Bersekutu Serantau Asia, STAR
Movies, Nini Yusof.

“Namun, apa yang pasti STAR Movies sendiri yang
memilih Radzuan Razwill menghasilkan baju khas
terbabit,” kata Nini Yusof

- Andai benar Nini menjelaskan kepada pihak HM ketika
dihubungi yang ‘pihaknya sudah menempah sehelai baju
khas untuk digunakan pengacara bertugas bagi
mengacarakan majlis berprestij itu’ daripada Razwan
sebelum ini. Mengapa Linda telah berangkat dan tiba di
LA baru baju khas itu ingin diterbangkan dari
Malaysia? Dan mengapa tidak diberitahu awal-awal oleh
pihaknya kepada Linda? Mengapa ketika di sidang akhbar
tidak dibantah pernyataan Linda kepada wartawan yang
hadir mengenai baju rekaan Jovian ? Malah di peringkat
yang lebih awal, menawarkan pakaian berjenama
antarabangsa. (sila rujuk Lampiran)

* Terkini, berita yang terakhir sekali dikhabarkan
oleh keluarga di tanah air sejurus sebelum Linda
menamatkan penulisan ini dan bersiap untuk berangkat
pulang pada hari Ahad, 3pm waktu Malaysia), terdapat
beberapa berita di akhbar-akhbar tempatan bertarikh
Ahad, 4 Mac 2007, yang turut bercanggah dengan
pernyataan dan bukti sebelumnya. Di mana secara
ringkasnya (seperti yang dikhabarkan oleh keluarga),
sidang media khas telah dilangsungkan yang dihadiri
oleh Radzwan dan Nini Yusof, di mana intipati
terpenting adalah tentang arahan membuat baju datang
terus daripada Nini, dan Radzwan tidak menerima
sebarang arahan daripada pihak atasan (JPM).

* Bukankah pernyataan di dalam ketiga-tiga artikel
tersebut dan berita terkini bercanggah antara satu
sama lain? Bagaimana perkara ini boleh berlaku ?
Adakah sebarang penjelasan tentang percanggahan ini?

AKHIR KATA

-Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui keadaan yang
sebenar. Linda berdiri atas nama maruah dan harga diri
yang Linda pertahankan.

-Apa yang disarungkan di tubuh Linda tidak seharusnya
menjadi perkara paksaan atau ugutan, tetapi ia
sepatutnya menjadi suatu perbincangan dan tolak ansur
yang profesional.

-Ini bukan perkara mainan, kerana ia melibatkan
prinsip, maruah, harga diri malah reputasi serta nama
baik Linda di dalam bidang ini. Rancangan TV sehebat
dan sebesar dunia sekalipun tidak akan dapat membeli
maruah dan harga diri seseorang.

-10 tahun Linda bergiat dalam bidang ini dan ini
adalah kali pertama Linda mendapat peluang sebegini
yang dianggap mungkin sekali sepanjang hayat,untuk
Linda menarik diri tanpa sebab yang mendesak dan
terpaksa adalah suatu perkara yang terlalu bodoh. Ini
kerana Linda lihat peluang ini adalah sebagai platform
untuk terus maju dan melonjakkan lagi nama dalam
bidang ini.

- Bukan niat menghampakan peminat,bukan merajuk atau
tidak professional. Apakan daya,sudah tidak dizinkan
untuk keudara di TV. Linda adalah mangsa keadaan. Ini
adalah penjelasan Linda yang sebenar.

- Diharap segala spekulasi buruk mengenai Linda dapat
dijernihkan.

* Di sebalik rasa teramat kesal dan kecewa tidak
bermakna Linda menyimpan dendam dan kemarahan serta
tidak menuding jari kepada mana-mana pihak yang
terbabit. Linda menerima keadaan di mana semua pihak
mungkin mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri
untuk bersuara dan bertindak sedemikian.

* Malah Linda ingin merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak khususnya pihak STAR Movies
(terutamanya Pn Nini Yusof), Pihak Astro, Pihak Radio
ERA (Cik Kudsia dan En Rostam) yang memberi
kepercayaan kepada Linda untuk acara tersebut. Tidak
dilupakan juga, kepada pihak rakan media serta peminat
yang menyokong karier Linda khasnya untuk acara ini.

* Cuma harapan Linda, perkara seperti ini tidak harus
berulang lagi kepada mana-mana personaliti, pengacara,
artis atau mana-mana pihak, bukan sahaja khusus untuk
acara ini tapi kesemua acara tempatan mahupun
antarabangsa. Semoga isu ini dijadikan teladan dan
pengajaran di masa hadapan agar lebih berhati-hati
serta profesional.

* Linda secara peribadi amat merasa kesal, sedih dan
kecewa dengan isu ini. Apatah lagi harapan dan
cita-cita musnah hanya kerana isu sehelai baju. Linda
memohon kepada pihak-pihak yang terlibat dan
bertanggungjawab supaya menjelaskan isu ini dengan
telus dan benar agar reputasi Linda yang sedikit
sebanyak tercalar dapat dibersihkan

* Di sebalik segala persoalan yang masih belum ada
jawapannya, Linda tetap menuntut penjelasan dan
kebenaran.

“Terima kasih kerana sudi membaca. Terpulanglah apa
andaian dan penilaian yang bijaksana daripada pihak
anda. Yang penting Linda punya harga diri dan maruah
dan tidak mahu dipijak semudahnya oleh pihak-pihak
tertentu. Berani kerana benar. Tidak berpeluang
mengacara di Oscars bukanlah penamat hidup Linda�..”

Wassalam.

LINDA ONN

(3 MAC 2007)

Kalo nak tgk, inilah baju yang Linda Onn tak sanggup nak pakai..




Pemandu Bas Nadi Putra Mogok

Hari ni aku ada dengar cerita dari sumber-sumber yang sahih mengatakan bahawa bandar yang kononnya mempunyai prasana kelas pertama iaitu Putrajaya menghadapi masalah kemudahan pengangkutan disebabkan syarikat pengangkutan bas Nadiputra yang menjadi nadi pengangkutan utama Putrajaya dan dibanggakan dikatakan sudah tidak mempunyai nadi lagi.. Sebab apa dah takde nadi? Kerana pemandu bas syarikat tersebut melancarkan mogok.. mogok tak puas hati..

Pelik jugak.. syarikat bas yang nampaknya mewah itu, dikatakan tidak dapat membayar gaji pekerjanya sehingga pemandu bas nya melancarkan mogok. Nampaknya bas nadiputra tu hanya mesra alam (pakai gas asli), tapi tak mesra kepada pekerjanya dan akhirnya tak mesra pengguna..

Sumber-sumber juga menyatakan bahawa sebelum mogok, ada pemandu bas syarikat terbabit yang membawa bas secara ganas dan laju sekali kerana tertekan dengan majikannya yg tidak membayar gaji.
Aduhai… macamana ni.. kata minyak petrol naik nak memperbaiki pengangkutan.. tak paham betul.. beli bas mahal sangat kot sampai tak larat nak bayar gaji pekerja.

Sebelum ni pun ada terbaca kat berita harian tentang servis pengangkutan yang teruk di Putrajaya. Kalo tak caya, baca petikan Berita Harian ni ha…

PUTRAJAYA: Prasarana kelas pertama, tetapi perkhidmatan kelas ketiga?

Mungkin ramai beranggapan sistem pengangkutan awam sekitar bandar bestari ini bertaraf lima bintang sesuai dengan jolokan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan bandar pintar serba lengkap.

Namun, hakikatnya hanya diketahui jika setiap hari anda terpaksa berdepan pengalaman menyakitkan hati seperti menunggu sehingga lebih satu jam bagi mendapatkan perkhidmatan bas Nadiputra yang kononnya canggih kerana menggunakan gas asli (NGV) sebagai bahan bakar dengan dakwaan kekerapan setiap 15 minit.

Malah, ada kakitangan awam dan pengguna terpaksa membazirkan lebih dua jam menunggu dan menaiki bas dari Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya untuk pulang ke rumah mereka di Presint 9.

Jarak perjalanannya tidak sampai 10 kilometer dan perjalanan sebenar menaiki kereta atau motosikal tidak sampai 10 minit.

Tinjauan Berita Harian yang cuba menyelami masalah masyarakat Putrajaya dengan menaiki bas Nadiputra yang menjanjikan kekerapan 15 minit mendapati dakwaan penduduk ada asasnya.

Malah, tinjauan mendapati fenomena kelewatan perkhidmatan bas Nadiputra juga mempunyai kaitan rapat dengan jadual tidak sistematik, kekurangan kakitangan dan ramai pemandu dikatakan berhenti kerja kerana gaji rendah.

Penumpang berpendapat, kelewatan bas tiba ke destinasi, jadual perjalanan yang bercelaru dan tidak menepati masa adalah antara punca orang ramai kurang berminat menggunakan perkhidmatan Nadiputra.

Kakitangan kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Shirley, kesal kerana perkhidmatan bas tidak menepati ‘janji manis’ ditaburkan Perbadanan Putrajaya kepada orang ramai dan media ketika majlis pelancaran perkhidmatan bas NGV kira-kira setahun lalu.

Beliau berkata, pelbagai masalah perlu diatasi terlebih dulu bagi menarik lebih ramai warga kota menggunakan kemudahan awam itu.

“Semua orang suka naik bas jika ia efisyen. Bagaimanapun, ada kala jadual perjalanan bas tidak tepat. Contohnya, ada bas dijadualkan bertolak setiap 15 minit gagal berbuat demikian.

“Ini membosankan pengguna kerana ada sesetengah kes yang terpaksa menunggu sehingga berjam-jam bagi mendapatkan perkhidmatan itu,” katanya yang memaklumkan pernah beberapa kali terpaksa menunggu lebih satu jam untuk ke tempat kerjanya di Presint 1.

Habibah Abidin, seorang pelajar pula berkata, masalah kekurangan bas semakin serius menjelang waktu puncak antara jam 4.30 petang hingga 6 petang setiap hari.

“Walaupun bas lambat sampai, saya tetap tunggu kerana tiada pilihan. Mahu tidak mahu saya terpaksa tunggu,” katanya.

Beliau berkata kesal dengan sikap tidak prihatin pemandu bas terhadap keselamatan pengguna menyebabkan orang ramai kurang berpuas hati dengan kemudahan itu.

“Pemandu bas kerap memecut dan ada kalanya bas bergerak sebelum penumpang turun sekali gus membahayakan mereka,” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan sebahagian 50,000 penghuni Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan terutama yang menggunakan pengangkutan awam boleh menarik nafas lega berikutan tindakan Perbadanan Putrajaya menambah jumlah bas.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique, berkata lima bas itu adalah sebahagian daripada 51 bas NGV dan empat bas enjin diesel yang ditempah Perbadanan Putrajaya bagi menampung perkhidmatan harian 25 bas Nadiputra yang sudah beroperasi di sekitar Putrajaya sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, Perbadanan Putrajaya memperuntukkan lebih RM31 juta bagi membeli 55 bas baru menggunakan enjin jenis GE12T1 dengan 40 tempat duduk serta tambahan 23 penumpang berdiri.


Siapalah nak dipersalahkan ni yer? Rasanya kalo ada byk2 pun tak guna kalo pekerjanya takde.. hi merapu betulla.. bas ada.. pekerjanya pulak takde.. nampaknya kena beli bas yang boleh berjalan sendiri tanpa pemandu kot.. ada jual ker bas mcm tu..

So.. pengajaran dari cerita ni.. Beli bas yg enjin canggih mcm roket ke bulan pun tak der gunanya kot kalo bas tu takley berjalan sendiri waktu pemandunya mogok hehehe…




Sunday, March 4, 2007

Mengantuk sebab streamyx

Hari ni aku rasa mengantuk betul.. buat kerja pun tersengguk-sengguk.. gara-gara selalu tidur lewat.. lepas makan tengahari lagi la mengantuk. Aduh, macam-macam buat tak nak bagi mengantuk, minum air panas, keluar ambik angin, sembang-sembang dan macam-macam lagi, tengah concentrate buat kerja pun rasa berat mata. Teruk betul kalo dah mengantuk.
Bila balik rumah tak pulak rasa nak tidur. Teruk betul la penangan streamyx ni. Skang ni asal balik kerja jer bukak pc, browse internet, semenjak ada streamyx kat rumah ni, memang tiap-tiap hari mengantuk, lebih-lagi kalo lepas makan tengahari.
Pelik jugak yer, tengah-tengah hari mengantuk, malam tak mengantuk. Aku pun buat la research skit, lalu jumpa satu site indon. Site indon ni bagitau sebab2 mengapa kita boleh mengantuk di tengah hari terutamanya setelah makan nasi tengahari. Kalo nak tahu, ada kat bawah ni aku copy and paste jer ha..

1. L-Tryptophan
L-Tryptophan adalah asam amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan dipakai untuk membuat serotonin, zat penghantar sinyal di otak yang dapat menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita jatuh tertidur. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk memproduksi insulin, yang akan menyimpan makanan dalam tubuh. Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk.

2. Proses pencernaan makanan
Tubuh akan mengirimkan darah ke sistem pencernaan karena proses pencernaan membutuhkan energi yang cukup besar, apalagi kalau makanan yang perlu dicerna mengandung banyak lemak. Energi yang diperlukan juga akan semakin bertambah besar seiring dengan semakin banyaknya makanan yang kita konsumsi. Pada saat ini, sistem saraf juga menyumbangkan sebagian stok darahnya dan sebagai akibatnya, sistem saraf akan mengalami kekurangan oksigen untuk sementara. Menurunnya efektivitas kerja saraf pada saat sistem pencernaan bekerja inilah yang juga membuat kita ingin tidur siang.

Hmmm.. rupa-rupanya.. memproses makanan juga boleh buat kita jadi letih dan mengantuk. Ingatkan letih bersukan atau letih bekerja jer boleh jadik mengantuk. Lagi satu aku rasa sebab setan kot.. sebab apa kan, kalo pergi semayang Jumaat ker tengah-tengahari tu, khatib baca khutbah jer mesti mengantuk, tapi bila dah abis semayang rasa cam segar mata balik. Tak tau la betul ker tidak, mcm godaan syaitan jer. Tapi itulah yang selalu terjadi tiap2 minggu. Dok dalam masjid jer mengantuk, bila balik jer semayang Jumaat dan keluar dari masjid, rasa segar bugak balik.

Tapi aku rasa mengantuk aku hari ni bukan sebab proses makanan ker apa, tak lain dan tidak bukan adalah bahana daripada tergila-gilakan streamyx, dok gila explore macam-macam teknologi yang ada sampai tak ingat nak tidur dan tak ingat nak makan.

Tapi fikir-fikir balik bagus jugak, sebab dengan secara tidak langsung dapat menjaga dari terus membuncit. Kira macam diet secara tidak sedar. Harap-harap slim balik la aku lepas ni. Kalo kurus, aku boleh kata macam ni.. kalo nak kurus takyah makan ubat kurusla.. pakai streamyx jer boleh kurus. Betul tak?

Saturday, March 3, 2007

Pasal Perut Buncit

ari ni nak merapu pasal perut buncit. Sebab apa? sebab hari demi hari perut aku nampak semakin buncit. Bukan sebab mengandung, sebab lelaki tak ley mengandung.. Tak tau la sebab apa perut aku buncit. Yang aku tahu, makan biasa2 aja. 2 kali sehari, tengah hari sekali, malam sekali. Dua-dua makan nasi dengan kadar biasa. Yang pasti aku bersenam sebab setiap hari pergi kerja balik kerja aku dah letih.. jadi tak sempat la nak bersenam.. hujung minggu pergi shopping, beli barang dan jalan-jalan jer.. jadi tak sepat la aku nak bersenam.. So, sebab aku tak bersenamla maka perut aku makin buncit. Yerla.. orang kata kalo dah umur makin meningkat metabolisme badan makin mengurangkan, jadi badan kurang membakar lemak. Lemak-lemak ni pulak terkumpul kat perut aku. Lama-kelamaan perut aku semakin buncit sebab tidak mengurangkan pengambilan makanan.
So aku rasa nak carik info kat internet untuk selesaikan problem perut buncit aku ni. Banyak jugak jumpa, tapi tak tahu boleh try ke idak. Salah satu nya seperti di bawah ni. Boleh kempis ker idak perut aku ni, kalo ikut petua ni.. aku pun tak tahu.. saper nak try boleh la try…

1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
2. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Nampak petua tu mcm la bagus.. tapi masalahnya boleh ker tiap2 hari nak amalkan ni tiap2 hari.. malas betul.. Saper yang dah pernah cuba boleh komen yer..


Merapu ?

Saper tahu makna merapu.. setahu aku merapu ni kira macam melakukan perkara-perkara yang lagha dan kekadang tak masuk akal… Disebabkan aku hanya nak merapu, so tak payah aku carik kat kamus dewan untuk carik makna apa itu merapu.. Sebab merapu ni tak semestinya betul.. salah pun tak per sebab namanya pun merapu. So, kalo betul, betul la.. kalo salah pun anggapla ianya hanyalah rapuan semata-mata.
Hmmm.. saper2 ada idea nak definisikan apa dia merapu silalah komen sebab rasanya itu aja kot definisi merapu.. nak terang panjang-panjang pun buat apa.. asalkan paham sudah..