Saturday, March 31, 2007

Sikap pompuan yang tidak difahami lelaki

Ini ada sedikit analogi masalah kaum hawa dari pujangga yang tidak diketahui mengenai sikap sesetengah daripada kita. Tapi ada betulnyanya jugak. Cubalah baca...

Sikap pompuan yang sesetengah lelaki sampai sekarang tak dapat nak
faham:

Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia
cakap sebab dia nak
sentiasa up to date, tapi kalau saya beli kasut
baru pasal kasut lama
saya dah koyak dia cakap saya nak mengorat awek
lain.

* Kalau dia puji Tom Cruise tu hendsome dia cakap
sebab dia memang
peminat setia, tapi kalau saya puji Siti
Nurhaliza tu cantik dia
cakap saya suka membanding-bandingkan dia dengan
perempuan lain.

* Kalau dia tak telefon saya seminggu dia cakap
itu tak bermakna dia
tak rindu saya, tapi kalau saya tak telefon dia
selang dua hari dia
cakap saya dah curang dan dah lupakan dia

* Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia
memang seorang yang
murah dengan senyuman, tapi kalau saya senyum
dekat perempuan lain
dia cakap saya nak mengorat ler tu.

* Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem, tapi
kalau saya lewat
dia cakap mesti saya nak beri alasan jalan jem.

* Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti
ada "give and take"
tapi kalau sesekali saya suruh dia bayar
lunch,dinner atau tiket
wayang mesti dia cakap saya ni tak gentleman,
last-last saya jugak
yang kena bayar.

* Kalau dia diam memanjang, dia cakap dia tak ada
mood dan tak tahu
apa nak cakap, tapi kalau saya diam memanjang dia
cakap mesti saya
tengah teringatkan perempuan lain.

*jadi terimalah mereka seadanya....kerana kejadian
mereka pun dari
tulang rusukmu yang bengkok...luruskan mereka
dengan lemah lembut.................

Thursday, March 29, 2007

Ribena tiada vitamin C

Ini ada satu berita penipuan, selama ni pun aku pun ingat Ribena memang ada Vitamin C, mahal pulak tu. Ramai jugak rakyat Malaysia kena tipu ni, boleh mintak ganti rugi ker?

WELLINGTON 27 Mac - Pengeluar produk kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline hari ini didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular, Ribena sebenarnya tidak mengandungi vitamin C.

Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.

Pengakuan itu dibuat dalam saman yang difailkan oleh sebuah badan pemerhati pengguna, Suruhanjaya Perdagangan selepas sebuah projek sains sekolah pada tahun 2004 mendedahkan dakwaan palsu tersebut.

Ribena telah lama dijual sebagai minuman kesihatan berdasarkan iklan yang mendakwa jus buah beri itu mengandungi lebih banyak vitamin C daripada jus oren.

Iklan GlaxoSmithKline di negara ini mendakwa jus Ribena yang sedia diminum mengandungi tujuh miligram vitamin C bagi setiap 100 mililiter.

Bagaimanapun pelajar sekolah tinggi, Anna Devathasan dan Jenny Suo yang ketika itu berusia 14 tahun mendapati Ribena hampir tidak mengandungi sebarang vitamin C selepas menguji minuman berasaskan sirap itu sebagai sebahagian projek sains mereka pada tahun 2004.

Hakim Mahkamah Daerah Auckland, Phil Gittos mendenda GlaxoSmithKline dan mengarahkan syarikat itu untuk membetulkan iklannya selain menyiarkan mesej berkaitan di laman webnya. Kedua-dua pelajar terbabit turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan tersebut.

"Kami berasa agak bangga dan begitu teruja. Sekiranya kami tidak melakukan ujian sains itu tiga tahun lalu, Ribena mungkin dipromosikan selama-lamanya sebagai kaya dengan khasiat vitamin C," kata Devathasan kepada National Radio.

Devathasan berpendapat denda yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi kerana GlaxoSmithKline adalah sebuah syarikat yang mengaut keuntungan berbilion dolar.

Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan, Paula Rebstock menyifatkan kedua-dua remaja itu sebagai sumber inspirasi sebenar kepada semua orang di suruhanjaya itu.

- AP

Wednesday, March 28, 2007

Apakah anda penggemar kangkung ?


Jika anda penggemar kangkung, tidak kira ca kangkung, petis
kangkung, kangkung cos, dan lain-lain yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita
ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.

Cerita ini dari seorang Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, tapi dia lupa
di negara mana, yang jelas ceritanya berlaku di Singapura atau Malaysia.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan
kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut.
Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari
menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak
itu, namun diarheanya tidak sembuh.

Di klinik orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor,
makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.
Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarhea anak
tersebut tidak mau makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malamnya anak tersebut baru saja diajak makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan X-Ray, ternyata di usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung, yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang enak. Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang tadinya hanya 1 dalam 2 hari berkembang biak dengan cepatnya karena terus menerus menghisap
darah yang ada, doktor juga kebingungan, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jadi hati-hatilah bila makan kangkung, kemungkinan ada "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua
sebelum masak/makan kangkung.



Friday, March 16, 2007

Bila Duit Bercerita

Cerita pendek ni aku dapat daripada email, entah saper mereka cerita ni tapi memberi sendiran yang sinis tentang cara orang kita menghabiskan duit termasukla aku. Ceritanya berbunyi begini…

    Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

    “Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”

    Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

    Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..

    Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.

Pengajaran daripada cerita… Manusia tak kedekut untuk berbelanja.. tapi kedekut untuk menderma..

Cerita pasal derma ni teringat pasal undian sms rancangan realiti tv.. Sebab undian yang diberi boleh diibaratkan derma kepada orang yang telah kaya..

Ramai sanggup mencipta rancangan realiti untuk mempopularkan seseorang atas nama hiburan, tetapi belum banyak yang sanggup mempopularkan realiti kehidupan orang yang benar-benar memerlukan pertolongan… sistem undian sms sepatutnya digunakan dan diberikan kepada orang yang betul-betul memerlukan.. sepatutnya rancangan realiti yang berunsurkan menolong orang yang miskin perlu diwujudkan dengan lebih banyak.. Contohnya.. kalo nak tolong orang miskin, orang miskin aja yang boleh masuk ujibakat menyanyi tu. Kalo orang tu dah kaya, dia tak perlu undian ehsan daripada orang ramai. Undian sms pula berilah terus kepada si penyanyi, organizer tak boleh ambil duit sms tersebut.. sebab dia dah makan duit daripada syarikat iklan. Jadi, barulah adil.. kalo tidak.. seolah-seolah nampak macam sindiket peminta sedekah.. suruh budak-budak minta sedekah tapi sindiket yang dapat duit banyak.. peminta sedekah hanya dapat makan nasik lemak sebungkus… ader ke patut macam tu.. ia seolah-seolah sindiket peminta sedekah yang halal..
Apa yang berlaku sekarang ni, peminta sedekah (peserta realiti tv) adalah terdiri daripada org yang berduit dan penganjur rancangan pula adalah sindiket penguruskan peminta sedekah. Bezanya, Ia dihalalkan sebab dia ada lesen.. dan ia dilakukan dengan lebih teratur dengan modal yang banyak, kalo kat tepi jalan atau pasar malam macam peminta sedekah kecil-kecilan, confirm kena halau dengan dewan bandaraya. Hehehe.. itulah yang aku terfikirla.. so, sesapa yg terasa tu mintak maafla.. tak berniat nak menyinggung sesapa.. Perlu diingatkan ini adalah idea merapu sahaja.. tak semestinya betul.. tak gitu?


Wednesday, March 14, 2007

Cara Masak Salmon

Hari ni terbaca satu blog, nama dia jom pancing, http://jompancingsokmo.blogspot.com. Tapi bukannya memancing yang menjadi tarikan aku tetapi resepi ikan salmon kat situ. Nengok gambornya, sedap bebenor. Namanya Resepi Salmon Goreng Dengan Sos Lemon,



Bahan-bahan ( utk 2 orang )
2 slices salmon
2 + 1 sudu besar lemon
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch

Cara-cara:

Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. Sapukan dengan tepung gandum.
Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.

Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.

Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.


Ikan salmon ni kalo makan kat kedai mahal giler, jadi baikla pergi beli ikan tu sendiri dan masak kat rumah barula puas hati.

Tuesday, March 13, 2007

Tears In Heaven Unplugged

Kepada peminat-peminat guitar kapok, aku nak cabar nkorang buat unplug skit.. Ni ada video dari youtube…





Kisah Seorang Kaki Pancing



Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

ambil dari gelihati.blogspot.com