Thursday, May 17, 2007

Jangan Makan Ikan Sardin

Sapa suka makan ikan sardin? Ha.. ini ada citer tentang bahaya makan ikan sardin. Tak tahu betul ket tidak, tapi ada logiknya jugak.. Tak sempat nak siasat lai betul ker tidak. Nak mintak tolong edisi siasat check betul ker tidak

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun
getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin,
ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan
sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu.
Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan
kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam
lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau
nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya
lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu
memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek
kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan
tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan
sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak
kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan
dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari
makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada
saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan
ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya
sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong
ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan
saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil
lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin.
Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama
arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan
sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya
tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang
dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu,
saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut.
Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi
lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan
merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan,
insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan
lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker
memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya
akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin
ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah
tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin
ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga
menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia
inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan
sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian
pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya
amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang
keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya.
Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang
tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah
ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi
seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang
gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan
kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.
Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an.
Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar
makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim
akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis
kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya
berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan
seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang
bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan
sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada
benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan
fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang
hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya
iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin.
Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba
Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja
aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim
bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini
berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari
tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt
kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca
sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga
pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang.
Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang
banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya
jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah
buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang
pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah
sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar
dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian
memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari
terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang
penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
Wassalam wallahualam

Sekian citernya.

3 comments:

Anonymous said...

Ikan sardin murah dan sedap. Tapi, seram jugak bila terbaca tentang kemikal yg digunakan tu. Mungkin, banyak lagi makanan dalam tin yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Terima kasih untuk info anda.

Anonymous said...

I like your blog

Anonymous said...

I think if I read this BLOG after only say: very good, so you are not serious, but really very good!