Monday, April 23, 2007

Jangan Pandang Belakang


Salah satu adegan jangan pandang belakang.. kah..kah kah..

Friday, April 13, 2007

Wednesday, April 11, 2007

Amalan Minum Air Sejuk Boleh Menggemukkan

Patutla.. perut makin buncit, sebab suka minum air sejuk selepas makan. Cuba anda baca artikel kat bawah ni. Tapi belum ada bukti saintifik la. Tapi ideanya logik jugala... Kalo semua ikut nasihat, kesiannla tokey ais, sebab orang kurus jer yang pesan minuman berais.



Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.



:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

Saturday, April 7, 2007

Model Bertatu

Just to share satu email saya dapat baru-baru ni, khabarnya gambar ni diperolehi dari majalah FHM dan model ni tinggal di Singapura. Tak tahulah betul ker tidak.




Apa komen anda bila melihat gambar model bertatu di atas?

Ini komen salah seorang sahabat islam;
1. mamat ni tahu ke hukum ttg tatu yg dipakai (sbb dah jd trend skrg org pakai tatu dgn tulisan cina, jawi & pelbagai lg sbg menghargai nilai estetika tulisan tersebut tanpa mengetahui hal2 yg lain)
2. sudah kita menjalankan tanggungjawab kita sbg penyampai agama Allah ini sebagaimana yg diperintah oleh Allah, setidak-tidaknya pada mamat ni? Sbb kalau belum, kepala kita yg selayaknya dipijak dulu sblm nak pijak kepala mamat ni sbb kita lebih teruk dr mamat ni, hidayah dah dapat, dah Islam pun, tp bertanggungjawab nak sebarkan Islam pd manusia yg lain.


Sensitiviti pd isu sebegini adalah sgt baik dan sbnrnya sbg petanda bahawa masih ada rasa kasih dah sayang pada Allah dan Rasullullah, namun sbrg tindakan di dalam hidup ini WAJIB dilandasi dengan ilmu, menurut turutan priority ilmu dengan dimulai dengan ilmu KALAM (Al-Quran), hadith dan seterusnya diikuti dgn cabang2 ilmu yg lain spt logik dan mantik :-)

Justeru, jgn kita terlalu cepat melatah tanpa didahului dengan memikirkan sebenar-benarnya apakah punca masalah....IQ mesti tinggi, namun EQ & SQ lebih harus diutamakan. Lihatlah dengan mata hati dan bacalah dengan nama Tuhanmu..

Harga Minyak Sekarang dah turun

Harga Minyak Dekat negara2 lain...

Oslo, Norway - $6.82 a gallon for unleaded regular, in US dollars
London , UK $5.96
Rome , Italy $5.80
Brussels , Belgium $6.16
Hong Kong $6.25
Tokyo , Japan $5.25
Sao Paulo , Brazil $4.42
Buenos Aires , Argentina $2.09
Mexico City $2.22
Sidney , Australia $3.42
Johannesburg , South Africa $3.39
New Delhi , India $3.71
Caracas $0.12!!!
Kuwait $0.78!!
Riyadh , Saudi Arabia $0.91!!

let us do some simple calculation here.

below measurement is taken from internet metric converter, so no doubt on the figure given

1 Barrel = 158.98756 Liters

1 Barrel = RM 217.62 (as at today, 1 barrel is USD62 & 1USD=RM3.51)

1 Litter = RM 1.36878

In Malaysia 1 Liter = RM1.92

Jadi, Petronas dan kerajaan untung besarla tahun ni...
Tapi perkiraan di atas sebenarnya menggunakan harga minyak mentah, so kalo minyak unleaded, still ada subsidi dari kerajaan.

Thursday, April 5, 2007

Cuba Fikir, Camne Lebih Seringgit

" Cam ne lebih singgit? "


Ahmad miskin. Die takde duit.

Die nak beli baju yang berharga rm50.

Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25

so die pegi la nak beli baju tu.

masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45.

die bayar then die dapat baki rm5.

die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.


die tinggal rm3.


die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.


so die hutang rm48.

die ade rm3 skarang.

rm48+rm3= rm51


Tuesday, April 3, 2007

Kanak Kanak Hilang



Hilang pada 31/03/2007 (sabtu) lrbih kurang jam 2.00 petang di SOGO.
Bernama Muhammad Nazrin dan berusia 4 tahun 10 bulan.
Sewaktu hilang berbaju kemeja kelabu (kotak) dan seluar jeans biru.
Sekiranya mempunyai maklumat, mohon hubungi:-

En Shamsul ( 012-509 0451 )
PN. NOR AMIZAH ( 012 - 374 9647 )

atau mana-mana balai polis berhampiran.