Friday, March 9, 2007

Citer Pasal Linda Onn

Hari ni aku dapat email pasal isu Linda Onn yang tengah hangat sehingga beliau diminta berehat oleh pihak pengurusan beliau. Aku sebenarnya tak tahu sangat pasal kes ni, tapi jelasla bil baca email ni. Kat bawah ni aku paste kat nkorang untuk bacaan masa lepak-lepak dan boring-boring. Bukannya apa saja jer merapu jaga tepi kain orang glemer.. Tapi tak tahu la pulak email ni betul ker tidak ni.. Rasa nak baca, baca.. tak nak baca sudah.. menda2 merapu ni tak payah serius sangat, saja jer baca sebab nak tahu perkembangan semasa.

PERINGKAT AWAL

* Penghujung Januari 2007 - Linda diberitahu oleh
Rostam (Pengurus Program Era) tentang pemilihan Linda
untuk ke Los Angeles.
* Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama
Nini (Star Movies),Linda kemudian berhubung dengan
Shamel (pegawai Star Movies) untuk perkara-perkara
yang lebih lanjut.

- Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan
mencari pakaian jenama antarabangsa untuk Linda bagi
acara besar ini.

- Surat permohonan pinjaman/tajaan baju daripada BCBG
diberikan kepada Linda (bertarikh 9

Februari 2007 seperti dilampirkan).

- Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi
ke Butik BCBG (KLCC) dan mencuba pakaian mereka.
Setelah dipilih pakaian yang sesuai dengan imej Linda,
Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG bahawa
pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk
ditaja. Hanya pakaian model baru yang boleh ditaja.
namun pakaian model baru tidak sesuai dengan imej
Linda dan Linda mengambil keputusan menggunakan
khidmat Jovian (yang mana Linda mengupahnya untuk
pakaian Linda bagi acara Anugerah Bintang Popular)

- Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan
meminta lakaran pakaian tersebut ditunjukkan terlebih
dahulu kepada pihaknya. Peluang ini digunakan Linda
untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan imej
Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.

- Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama
pakaian tersebut dalam proses disiapkan, dengan
bangganya Linda memberitahu bahawa pakaian Linda
adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri
wanita timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat)
.

- Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas
ke LA (22hb Feb), Linda diberi surat sokongan oleh
pihak STAR Movies untuk permohonan VISA US. 16
Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan
VISA bersama kakak (Intan) dan ianya diluluskan. Pihak
kedutaan meminta kami kembali untuk mendapatkan VISA
pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies maklum akan
proses permohonan dan kelulusan visa ini.

Kronologi peristiwa (’kehilangan’ Linda)

20 Feb 07

- Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman
Linda dan Dominic ke Los Angeles untuk acara ‘Live
From The Red Carpet-79th Academy Awards’ anjuran Star
Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama
beberapa staf Star Movies yang lain turut hadir.

- ‘Sketch’ atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian
ditunjukkan kepada Shamel dan Shamel kemudiannya
menunjukkan kepada Nini sebelum sidang akhbar bermula.
Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang diberi
dan Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.

- Di sidang akhbar yang sama,nama Jovian sebagai
pereka Indonesia untuk baju Linda dinyatakan dihadapan
Nini dan berbelas wartawan yang lain.

- Keadaan masih berjalan lancar.

21 Feb 07

- Berita mengenai sidang akhbar disiarkan di
kebanyakan akhbar di Malaysia

22 Feb 07 (waktu Malaysia)

- Semuanya dalam keadaan baik seperti yang dirancang.
Linda dan Intan bertolak ke Los Angeles dari KLIA jam
3 petang.

- Kapal terbang transit di Taipei.

-Keadaan masih baik. Tiada sebarang panggilan atau sms
diterima daripada sesiapa.

22 Feb 2007 (waktu LA)

- Tiba di LAX Airport, Los Angeles lebih kurang jam 7
malam (11 pagi waktu Malaysia- 23 Feb)

- Sejurus tiba, Linda menerima sms daripada Pengurus
Besar Stesyen Radio ERA (En. Rostam) meminta Linda
menghubungi beliau dengan segera.

-Setelah dihubungi, beliau menyatakan Pihak Pengurusan
Tertinggi ASTRO (majikan Linda) menerima panggilan
telefon daripada seseorang yang berpengaruh di Jabatan
Perdana Menteri (JPM) yang ‘melarang’ Linda mengenakan
pakaian pereka fesyen Indonesia (Jovian) untuk acara
‘red carpet’ di Academy Awards nanti dengan alasan
mempertikaikan mengapa Linda menggunakan khidmat
pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen tempatan.

- Rayuan Linda tidak diterima oleh Rostam.

-Setelah itu,perbualan demi perbualan telefon
berlangsung antara Linda dan Pengurus Rangkaian AMP
(Cik Kudsia Kahar) yang mana Linda merayu untuk terus
mengenakan pakaian yang telah sedia ada dibawa.

- Menurut Kudsia,pakaian gantian akan diterbangkan ke
LA.

- Rayuan Linda tidak diterima oleh Kudsia.

23 Feb 07

- Keluar bersama Dominic,Cheng (PA Star Movies) untuk
berjumpa Debra (produser) di Kodak Theatre untuk
mempelajari kedudukan kamera,hos dan sebagainya.

- Perbincangan Linda,Dominic dan Debra berjalan dengan
lancar

- Rayuan demi rayuan terus dibuat oleh Linda kepada
Kudsia. Kudsia cuba membantu menenangkan fikiran Linda
yang terganggu mengenai perkara ini .

- Perbualan telefon yang sangat panjang tetapi tetap
diakhiri dengan keputusan yang sama.

- Linda meminta Kudsia memberi bukti ‘larangan’dalam
bentuk bersurat (hitam-putih) dimana Pihak Pengurusan
Tertinggi ASTRO menerima arahan daripada seseorang di
Jabatan Perdana Menteri tetapi menurut Kudsia,tiada
surat menyurat antara mereka. Katanya, surat rasmi
tidak diperlukan oleh kerana panggilan tersebut dibuat
pada waktu malam, kira-kira 10.30 malam pada hari
Khamis (22 Feb) (waktu Malaysia) kepada Pihak
Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall.
Menurut Kudsia lagi , panggilan yang dibuat oleh
seseorang daripada JPM sudah cukup kuat untuk sesuatu
arahan. Andaikata pakaian tersebut disarung
juga,pelbagai masalah akan timbul. Antaranya lesen
stesyen TV akan ditarik,kontrak sebuah siaran TV tidak
[WINDOWS-1252?]akan disambung dan kerjaya serta kontrak Linda di
stesyen TV dan radio bakal tergugat.

-Linda bertanya kepada Kudsia � Benarkah termaktub
dalam mana-mana undang-undang yang menyatakan orang
Malaysia tidak boleh mengenakan pakaian pereka luar
negara? Jawab Kudsia - Beliau bersetuju yang sepanjang
pengetahuannya,tiada undang-undang sedemikian.

-Puas Linda memujuk Kudsia agar beliau dapat berbual
dan memujuk pihak atasan supaya Linda boleh mengenakan
pakaian yang selesa dan sesuai dengan Linda tetapi
beliau mengatakan ini adalah arahan pihak atasan,bukan
dari beliau.

- Menurut Kudsia,beliau berkali-kali merayu bagi pihak
Linda kepada pihak atasan dan terus memujuk Linda
supaya menerima keadaan.

- Perbualan yang sangat panjang bersama Kudsia dan
rayuan serta pujukan membuat Linda tersentuh untuk
mempertimbangkan semula walaupun dalam keadaan yang
amat berat.

- Menurut Kudsia,pakaian Linda akan diterbangkan
bersama dengan salah seorang pereka terkemuka di
Malaysia

- Rayuan dibuat kerana Linda kurang selesa dengan
pertukaran pada saat-saat akhir (last minute).
Tambahan lagi pakaian tersebut dikatakan dibuat dalam
keadaan ‘kecemasan’

- Linda terus menanti pakaian yang akan tiba dan
mengharap kesesuaian pakaian tersebut.

24 Feb 07

- Seperti yang diaturkan oleh Cheng,perjumpaan untuk
‘rehearsal’ bersama Debra akan diadakan pada jam 5.30
petang tetapi Cheng telah datang ke bilik Linda lebih
kurang jam 3.30 petang untuk membawa Intan (kakak
merangkap pembantu peribadi) pergi mencari bodysuit.
Menurut Cheng ini adalah atas arahan pihak Star
Movies.

- Intan enggan menemani Cheng kerana tidak mahu
meninggalkan Linda seorang di dalam bilik.
Walaubagaimanapun,Linda telah memberitahu Cheng saiz
yang sesuai untuk Linda.

- Akhirnya,kami tidak pasti kenapa Cheng tidak keluar
membeli apa yang telah diarahkan oleh pihak Star
Movies kepadanya

- Cheng tidak keluar dari bilik kami dan berkali-kali
mengatakan dia tumpang duduk di bilik kami kerana
biliknya sedang dikemas (housekeeping)

- Lebih kurang 5 petang,kami pergi ke pejabat Debra
untuk menjalani latihan (rehearsal)

- Linda mendapat berita daripada Cheng bahawa Nini
(Star Movies) akan tiba bersama pakaian rekaan Radzwan
Razwill. Tidak dinafikan,pereka tersebut adalah pereka
yang terkenal dan Linda bersetuju rekaan-rekaan beliau
amat menarik.

25 Feb 07

- Seperti yang diaturkan,pada jam 10.30 pagi,jurumekap
dan jurudandan rambut akan datang ke bilik Linda untuk
memulakan persiapan bagi acara Academy Awards dan kami
harus bergegas ke Kodak Theatre pada jam 12.30
tengahari

- Tiada apa-apa berita mengenai pakaian Linda .

- Pada jam 6 pagi,Cheng datang ke bilik kami dan
memohon supaya Linda mengadakan latihan bersama Nini
yang baru tiba dari Malaysia dan kemudiannya menjalani
latihan bersama Dominic pula.

- Intan agak terkejut kerana tiada apa-apa rancangan
yang diaturkan sebelum ini mengenai perkara ini dan
tidak mahu mengganggu masa rehat Linda.

- Cheng memohon Intan menelefon Nini terus dan
kemudian pulang ke biliknya.

- Perbualan antara Intan dan Nini menyentuh mengenai
pakaian. Intan terus merayu dan memohon berkali-kali
kepada Nini supaya mempertimbangkan semula permintaan
kami memandangkan masa yang diberi sudah sangat suntuk
. Walaubagaimanapun,Intan memohon Nini datang ke bilik
untuk melihat pakaian yang sedia ada dibawa oleh
Linda.

- Setelah melihat,Nini memberi pujian pada pakaian
tersebut namun tetap dengan pendiriannya.

- Perbualan Intan dan Nini diakhiri dengan permohonan
Nini untuk mengadakan sesi latihan pada jam 9 pagi dan
akan menyentuh semula mengenai pakaian hanya selepas
latihan. Kata Nini,”We’ll talk about the dress later”

- Selepas latihan dijalankan bersama Dominic,lebih
kurang 11 pagi,jurumekap dan pendandan rambut sudah
pun berada di bilik.

- Keadaan berjalan lancar. Nini tidak langsung
menyentuh soal pakaian bersama Linda.

- Dalam keadaan persediaan,Nini muncul bersama pakaian
yang dibawanya lebih kurang jam 11.30 pagi.

- Keadaan menjadi sedikit tegang dan tertekan kerana
kami menyangka soal pakaian bukan lagi menjadi isu.

- Akhirnya Linda menyarungkan pakaian tersebut dan
ternyata tidak selesa disebabkan ;

1) Korset yang tidak sesuai dan tidak selesa dengan
bahagian atas tubuh Linda. (Ini kerana tiada proses
‘fitting’/ukuran badan yang dilakukan bersama
Radzuan). Lalu kata Nini,gunakan saja pakaian dalam
Linda yang ada dibawa untuk menyesuaikan korset
tersebut agar padan di badan. Linda rasa kurang
selesa. Ini kerana, agak kurang manis dan tidak sesuai
apabila mengenakan kebaya berkorset tetapi ‘tali’
pakaian dalam dapat dilihat jelas. Ini sedikit
sebanyak boleh mengganggu konsentrasi persembahan
Linda.Tiada pakaian tambahan yang Linda bawa kerana
tidak sangka terjadi hal sebegini di saat akhir.

2) Kain lace baju kebaya itu berwarna coklat cair
(skin color) yang mana jelas seolah-olah menampakkan
sebahagian besar warna kulit Linda. Ini juga turut
membuatkan Linda kurang selesa. Linda tidak mempunyai
masalah mengenakan baju lace jika ia berwarna lain dan
bukan seperti ’skin color’. Jika ia berwarna,mungkin
boleh dipertimbangkan lagi.

* Dalam keadaan yang terlalu suntuk,Linda seolah-olah
tidak diberi peluang untuk membuat pilihan. Linda
tidak menyalahkan pereka fesyen tersebut kerana kami
tidak pernah bertemu untuk sesi ukuran badan dan
pilihan pakaian,apatah lagi menanyakan tentang
keselesaan Linda.

* Linda cuba terus bersikap terbuka dan berkompromi.
Andaikata Nini membawa beberapa pasang pakaian gantian
(2 , 3 atau 4) dari Malaysia di saat-saat akhir
begini,pastinya Linda ada beberapa pilihan, tapi hanya
satu sahaja baju gantian yang dibawa dan itu sahaja
baju yang boleh keluar di TV? (Pada awalnya,Linda
sangka mereka akan terbangkan beberapa pasang baju
gantian supaya Linda boleh membuat pilihan)

* Intan dan Linda merayu buat kesekian kalinya agar
Nini mempertimbangkan semula permintaan kami untuk
mengenakan baju Jovian di saat-saat akhir,namun Nini
tetap berkeras.

* Nini berkata,”You are not doing a fashion show,you
are just the host”. (Anda bukan membuat persembahan
pakaian,anda hanya sebagai pengacara). Begitu jugalah
di benak fikiran Linda. Linda bukan seorang model
pakaian tetapi hanya pengacara. Mengapa semua orang
begitu terdesak mengenai pakaian Linda ?

* Menurut Nini,pakaian rekaan Radzwan Razwil ini telah
diperlihatkan kepada pihak pengurusan tertinggi
(antaranya Rohana-CEO Astro,Kudsia Kahar dan Ralph
Marshall) yang berada di Malaysia dan hanya pakaian
ini sajalah yang boleh ditayangkan di acara siaran
langsung itu. Pakaian lain tidak dibenarkan untuk
ditayangkan. Apatah lagi baju Jovian.

* Linda bertanya kepada Nini apakah perkara yang
paling buruk akan terjadi jika Linda terus memakai
pakaian Linda. Jawab Nini,” Linda,If you don’t wear
this dress,you’re not going on TV”. (Linda,jika anda
tidak pakai baju ini,anda tidak akan keudara di TV)

* Apabila Linda berkata yang Linda sungguh tidak [WINDOWS-1252?]
selesa dan tidak boleh mengenakan pakaian itu,Nini
berkata dengan nada tegas,”�then you are not going to
be on tv- pack your things”. Lantas Nini terus keluar
dari bilik hotel Linda.

* Linda tersentap dan sangat sebak mendengar ungkapan
yang sungguh keras daripada beliau. Dengan harga diri
dan maruah yang sangat tinggi,Linda dan Intan mengemas
barang. Ternyata pujukan dan rayuan kami tidak
diendahkan. Linda anggap ini satu penghinaan kepada
profesionalisme Linda dan pengalaman yang Linda miliki
sepanjang karier. Sungguh tidak disangka.Hanya
disebabkan sepasang baju,penat lelah Linda ke LA,
tidak tidur malam Linda untuk acara ini,ulangkaji yang
berulang kali,berjauhan dengan keluarga di Malaysia
dan segala pengorbanan, semuanya rasa seperti tidak
berbaloi.

* Di waktu itu Linda rasa seperti diugut dan dipaksa.
Ini adalah kali pertama dalam hidup Linda sepanjang
menjadi pengacara TV hampir 10 tahun ,’diugut’
sebegini. Mengapa perlu ada nada ugutan dan nada
paksaan ? Sedangkan ini tubuh Linda dan Linda berhak
menentukan apa yang disarungkan di tubuh sendiri atau
sekurang-kurangnya ada perbincangan terlebih dahulu
dan unsur tolak-ansur. Inikah profesionalisme?

* Demi untuk mempertahankan prinsip, maruah dan harga
diri selepas diperlakukan begitu,Linda tidak ada
pilihan dan menerima hakikat walaupun, pada masa yang
sama memikirkan keghairahan untuk mengacara di acara
yang sangat berprestij itu. Bukan kemahuan
Linda,apakan daya sudah tidak dibenarkan.

[WINDOWS-1252?]* Sewaktu mengemas barang, beberapa minit selepas itu,
Nini kembali untuk mengambil semula pakaian tersebut
dan memberitahu Intan,”�Kalau wartawan tanya saya,
saya akan cakap Linda sakit teruk ya? “.

* Intan lantas menjawab � “Just tell the truth”
(Ceritakan sahaja perkara yang sebenar)

* Selepas kami mengemas, kami singgah ke bilik Cheng
untuk mengambil salinan gambar kenangan dari kameranya
tetapi dia tidak ada di situ. Selepas itu,kami ke
bilik Dominic untuk mencari Cheng. Cheng tiada. Yang
ada hanya Dominic,Nini dan 2 orang jurumekap

* Di sana, Nini dan Dominic pula merayu Linda untuk
keudara tetapi masih lagi perlu mengenakan pakaian
yang sama. Maka, Linda masih tiada pilihan.

* Di lobi hotel,Nini berjumpa kami (Linda dan Intan)
dan meminta kami mengembalikan pas masuk ke ‘red
carpet’ Academy Awards.

* Linda dan Intan terus berlalu keluar dari hotel

SPEKULASI

- Pihak Linda tahu, di tanahair pelbagai spekulasi dan
andaian negatif mengenai ‘kehilangan’ Linda dibuat dan [WINDOWS-1252?]
perkara ini melibatkan reputasi dan nama baik Linda di
dalam kerjaya mahupun masa hadapan.

- Diharap segala spekulasi dan tuduhan ramai yang
mengatakan �.

- Linda tarik diri kerana takut dengan acara besar.

- Linda tarik diri kerana gementar menemu bual bintang
Hollywood

- Linda tarik diri kerana tidak pandai berbahasa
Inggeris

- Linda tarik diri kerana terlalu penat membeli belah
di LA

[WINDOWS-1252?]- Linda tarik diri hanya kerana baju dan tidak
profesional.

- Linda tarik diri kerana ada masalah dengan
produksi,,,

- dan pelbagai lagi�.

�..sudah maklum dan jelas dengan penerangan Linda .

JOVIAN

- Jovian adalah pereka fesyen muda yang dilahirkan di
Indonesia tetapi sudah menetap di Malaysia sejak
kecil.

- Menggunakan nama sebagai pereka fesyen Indonesia
atas sebab-sebab komersial

- Beliau baru menamatkan pengajian di salah satu
institut di Malaysia.

- Bapanya adalah orang Malaysia.

- Pernah berkhidmat untuk ramai artis lain di acara2
besar (Anugerah dsb) .

- Pakaian yang dibuat untuk Linda adalah idea Linda
dan Intan (kakak) . Jovian merealisasikan

idea kami dalam bentuk pakaian siap.

- Untuk menyiapkan pakaian bagi acara ini,Linda,Intan
dan Jovian mengambil masa yang lama iaitu
berminggu-minggu dan hampir setiap hari kami
berbincang. Hinggakan Jovian pulang selewat jam 4 pagi
untuk membantu Linda dan Intan menghasilkan pakaian
yang kami inginkan semata-mata untuk acara berprestij
Star Movies ini.

PERSOALANNYA

- Mengapa tiada yang melarang pada peringkat awal
tentang perkara ini sebelum Linda berangkat ke LA?
Mengapa bila Linda di LA baru terdengar ‘larangan’
ini? Sedangkan pengesahan Linda untuk bertugas di sana
telah dibuat lebih awal. Malah sidang akhbar telah
berlangsung dua hari sebelum tarikh Linda berlepas ke
LA dan dalam majlis tersebut telah dinyatakan dengan
jelas pakaian yang akan linda kenakan sewaktu bertugas
di ‘red carpet’. Kenapa persediaan awal mengenai apa
yang boleh dipakai dan tidak boleh dipakai tidak
diberitahu awal-awal ?

- Mengapa bila ditanya dari pihak majikan Linda
mengenai perkara ini,mereka tidak berjaya mengemukakan
surat rasmi untuk arahan ‘larangan’ dan membiarkan
Linda tertanya-tanya adakah ini benar kerana tiada
sebarang pengesahan bertulis.

- Mengapa pada peringkat awal,pihak Star Movies
mencadangkan Linda menggunakan pakaian jenama
antarabangsa (contoh: BCBG,Versace dsb) untuk acara
ini (sila rujuk lampiran) dan sekarang pakaian pereka
fesyen Indonesia menjadi persoalan ?

- Mungkin Linda kurang pengetahuan tentang hal ini,
tetapi benarkah warganegara Malaysia tidak boleh
mengenakan pakaian pereka fesyen luar negara apabila
menjalankan tugas di luar negara? Ataupun perkara ini
hanya direka atas alasan tertentu?

- Andai Linda salah,harap maafkan dengan persoalan
ini- Wujudkah undang-undang sebegini sebelum ini?
Seandainya ia bukanlah undang-undang tetapi ingin
dijadikan terma dan syarat dalam tugasan ini, haruslah
ianya dinyatakan dengan jelas dan lebih awal serta
juga dinyatakan dalam kontrak.

- Mengapa pakaian pengacara Malaysia yang pergi ke
acara yang sama tahun lepas yang menggunakan pakaian
jenama antarabangsa tidak dipertikaikan,tiada larangan
dan tiada isu mengenainya ? Malah kali ini, Linda cuba
menampilkan ciri-ciri kemelayuan dan ketimuran.

- Mengapa begitu keras amarannya hanya kerana sepasang
baju? “Hanya baju itu yang boleh keluar TV. Baju lain
tidak boleh?” Mengapa tugas Linda untuk mengacara
diperkotak-katikkan hanya kerana Linda tidak dapat
memakai pakaian tersebut? Mengapa semua pihak begitu
terdesak hanya kerana sepasang baju atau cuba
memastikan hanya baju itu yang dipakai oleh Linda di
Red Carpet?

* Di manakah hak dan keperibadian seseorang dalam
mempertahankan apa yang disarung pada badan sendiri ?

* Sila rujuk lampiran keratan akhbar:-

KERATAN 1

Akhbar Harian Metro, Khamis, 1 Mac 2007, sisipan
tengah - RAP, m/s R7,

“Radzwan Nafi Baju Linda Seksi” oleh Rudy Imran.
Memetik beberapa perenggan dari artikel itu,

“Sebelum itu timbul kontroversi apabila Jabatan
Perdana Menteri (JPM) menegur Linda yang bercadang
menggayakan baju ciptaan pereka Indonesia, Jovian
Mandagie di majlis itu. JPM mengarahkan pereka
tempatan, Radzwan Razwill menghasilkan busana
menggantikan pakaian rekaan Jovian.”

“Saya tahu Linda tidak suka bergaya seksi, malah
seawal menerima arahan JPM, itu juga yang dikatakan
kepada saya supaya baju yang dihasilkan tidak boleh
seksi,” katanya (Radzwan Razwill)

KERATAN 2

Akhbar Harian Metro, Jumaat, 2 Mac 2007, sisipan
tengah - RAP, m/s R3 oleh Hartati Hassan Basri, “JPM
Nafi Arah Pereka Fesyen”. Memetik beberapa perenggan
dari artikel itu;

“Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, pihaknya
tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan menafikan
ada mengeluarkan arahan kepada Radzwan.”

“Apa yang jelas, Jabatan Perdana Menteri tidak ada
kaitan dengan perkara ini,” katanya (jurucakap Jabatan
PM) ketika menghubungi Harian Metro, semalam.

KERATAN 3

Akhbar Harian Metro, bertarikh 2 MAC 2007, Jumaat, m/s
14 (halaman nasional@setempat ), artikel “Salah faham
tempahan baju”.Memetik bebarapa perenggan dari artikel
itu;

“Saya sendiri menempah baju terbabit dan tidak timbul
isu, Radzuan menerima arahan daripada pihak lain,”
katanya. (Naib Presiden Bersekutu Serantau Asia, STAR
Movies, Nini Yusof.

“Namun, apa yang pasti STAR Movies sendiri yang
memilih Radzuan Razwill menghasilkan baju khas
terbabit,” kata Nini Yusof

- Andai benar Nini menjelaskan kepada pihak HM ketika
dihubungi yang ‘pihaknya sudah menempah sehelai baju
khas untuk digunakan pengacara bertugas bagi
mengacarakan majlis berprestij itu’ daripada Razwan
sebelum ini. Mengapa Linda telah berangkat dan tiba di
LA baru baju khas itu ingin diterbangkan dari
Malaysia? Dan mengapa tidak diberitahu awal-awal oleh
pihaknya kepada Linda? Mengapa ketika di sidang akhbar
tidak dibantah pernyataan Linda kepada wartawan yang
hadir mengenai baju rekaan Jovian ? Malah di peringkat
yang lebih awal, menawarkan pakaian berjenama
antarabangsa. (sila rujuk Lampiran)

* Terkini, berita yang terakhir sekali dikhabarkan
oleh keluarga di tanah air sejurus sebelum Linda
menamatkan penulisan ini dan bersiap untuk berangkat
pulang pada hari Ahad, 3pm waktu Malaysia), terdapat
beberapa berita di akhbar-akhbar tempatan bertarikh
Ahad, 4 Mac 2007, yang turut bercanggah dengan
pernyataan dan bukti sebelumnya. Di mana secara
ringkasnya (seperti yang dikhabarkan oleh keluarga),
sidang media khas telah dilangsungkan yang dihadiri
oleh Radzwan dan Nini Yusof, di mana intipati
terpenting adalah tentang arahan membuat baju datang
terus daripada Nini, dan Radzwan tidak menerima
sebarang arahan daripada pihak atasan (JPM).

* Bukankah pernyataan di dalam ketiga-tiga artikel
tersebut dan berita terkini bercanggah antara satu
sama lain? Bagaimana perkara ini boleh berlaku ?
Adakah sebarang penjelasan tentang percanggahan ini?

AKHIR KATA

-Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui keadaan yang
sebenar. Linda berdiri atas nama maruah dan harga diri
yang Linda pertahankan.

-Apa yang disarungkan di tubuh Linda tidak seharusnya
menjadi perkara paksaan atau ugutan, tetapi ia
sepatutnya menjadi suatu perbincangan dan tolak ansur
yang profesional.

-Ini bukan perkara mainan, kerana ia melibatkan
prinsip, maruah, harga diri malah reputasi serta nama
baik Linda di dalam bidang ini. Rancangan TV sehebat
dan sebesar dunia sekalipun tidak akan dapat membeli
maruah dan harga diri seseorang.

-10 tahun Linda bergiat dalam bidang ini dan ini
adalah kali pertama Linda mendapat peluang sebegini
yang dianggap mungkin sekali sepanjang hayat,untuk
Linda menarik diri tanpa sebab yang mendesak dan
terpaksa adalah suatu perkara yang terlalu bodoh. Ini
kerana Linda lihat peluang ini adalah sebagai platform
untuk terus maju dan melonjakkan lagi nama dalam
bidang ini.

- Bukan niat menghampakan peminat,bukan merajuk atau
tidak professional. Apakan daya,sudah tidak dizinkan
untuk keudara di TV. Linda adalah mangsa keadaan. Ini
adalah penjelasan Linda yang sebenar.

- Diharap segala spekulasi buruk mengenai Linda dapat
dijernihkan.

* Di sebalik rasa teramat kesal dan kecewa tidak
bermakna Linda menyimpan dendam dan kemarahan serta
tidak menuding jari kepada mana-mana pihak yang
terbabit. Linda menerima keadaan di mana semua pihak
mungkin mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri
untuk bersuara dan bertindak sedemikian.

* Malah Linda ingin merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak khususnya pihak STAR Movies
(terutamanya Pn Nini Yusof), Pihak Astro, Pihak Radio
ERA (Cik Kudsia dan En Rostam) yang memberi
kepercayaan kepada Linda untuk acara tersebut. Tidak
dilupakan juga, kepada pihak rakan media serta peminat
yang menyokong karier Linda khasnya untuk acara ini.

* Cuma harapan Linda, perkara seperti ini tidak harus
berulang lagi kepada mana-mana personaliti, pengacara,
artis atau mana-mana pihak, bukan sahaja khusus untuk
acara ini tapi kesemua acara tempatan mahupun
antarabangsa. Semoga isu ini dijadikan teladan dan
pengajaran di masa hadapan agar lebih berhati-hati
serta profesional.

* Linda secara peribadi amat merasa kesal, sedih dan
kecewa dengan isu ini. Apatah lagi harapan dan
cita-cita musnah hanya kerana isu sehelai baju. Linda
memohon kepada pihak-pihak yang terlibat dan
bertanggungjawab supaya menjelaskan isu ini dengan
telus dan benar agar reputasi Linda yang sedikit
sebanyak tercalar dapat dibersihkan

* Di sebalik segala persoalan yang masih belum ada
jawapannya, Linda tetap menuntut penjelasan dan
kebenaran.

“Terima kasih kerana sudi membaca. Terpulanglah apa
andaian dan penilaian yang bijaksana daripada pihak
anda. Yang penting Linda punya harga diri dan maruah
dan tidak mahu dipijak semudahnya oleh pihak-pihak
tertentu. Berani kerana benar. Tidak berpeluang
mengacara di Oscars bukanlah penamat hidup Linda�..”

Wassalam.

LINDA ONN

(3 MAC 2007)

Kalo nak tgk, inilah baju yang Linda Onn tak sanggup nak pakai..




No comments: