Friday, March 9, 2007

Pemandu Bas Nadi Putra Mogok

Hari ni aku ada dengar cerita dari sumber-sumber yang sahih mengatakan bahawa bandar yang kononnya mempunyai prasana kelas pertama iaitu Putrajaya menghadapi masalah kemudahan pengangkutan disebabkan syarikat pengangkutan bas Nadiputra yang menjadi nadi pengangkutan utama Putrajaya dan dibanggakan dikatakan sudah tidak mempunyai nadi lagi.. Sebab apa dah takde nadi? Kerana pemandu bas syarikat tersebut melancarkan mogok.. mogok tak puas hati..

Pelik jugak.. syarikat bas yang nampaknya mewah itu, dikatakan tidak dapat membayar gaji pekerjanya sehingga pemandu bas nya melancarkan mogok. Nampaknya bas nadiputra tu hanya mesra alam (pakai gas asli), tapi tak mesra kepada pekerjanya dan akhirnya tak mesra pengguna..

Sumber-sumber juga menyatakan bahawa sebelum mogok, ada pemandu bas syarikat terbabit yang membawa bas secara ganas dan laju sekali kerana tertekan dengan majikannya yg tidak membayar gaji.
Aduhai… macamana ni.. kata minyak petrol naik nak memperbaiki pengangkutan.. tak paham betul.. beli bas mahal sangat kot sampai tak larat nak bayar gaji pekerja.

Sebelum ni pun ada terbaca kat berita harian tentang servis pengangkutan yang teruk di Putrajaya. Kalo tak caya, baca petikan Berita Harian ni ha…

PUTRAJAYA: Prasarana kelas pertama, tetapi perkhidmatan kelas ketiga?

Mungkin ramai beranggapan sistem pengangkutan awam sekitar bandar bestari ini bertaraf lima bintang sesuai dengan jolokan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan bandar pintar serba lengkap.

Namun, hakikatnya hanya diketahui jika setiap hari anda terpaksa berdepan pengalaman menyakitkan hati seperti menunggu sehingga lebih satu jam bagi mendapatkan perkhidmatan bas Nadiputra yang kononnya canggih kerana menggunakan gas asli (NGV) sebagai bahan bakar dengan dakwaan kekerapan setiap 15 minit.

Malah, ada kakitangan awam dan pengguna terpaksa membazirkan lebih dua jam menunggu dan menaiki bas dari Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya untuk pulang ke rumah mereka di Presint 9.

Jarak perjalanannya tidak sampai 10 kilometer dan perjalanan sebenar menaiki kereta atau motosikal tidak sampai 10 minit.

Tinjauan Berita Harian yang cuba menyelami masalah masyarakat Putrajaya dengan menaiki bas Nadiputra yang menjanjikan kekerapan 15 minit mendapati dakwaan penduduk ada asasnya.

Malah, tinjauan mendapati fenomena kelewatan perkhidmatan bas Nadiputra juga mempunyai kaitan rapat dengan jadual tidak sistematik, kekurangan kakitangan dan ramai pemandu dikatakan berhenti kerja kerana gaji rendah.

Penumpang berpendapat, kelewatan bas tiba ke destinasi, jadual perjalanan yang bercelaru dan tidak menepati masa adalah antara punca orang ramai kurang berminat menggunakan perkhidmatan Nadiputra.

Kakitangan kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Shirley, kesal kerana perkhidmatan bas tidak menepati ‘janji manis’ ditaburkan Perbadanan Putrajaya kepada orang ramai dan media ketika majlis pelancaran perkhidmatan bas NGV kira-kira setahun lalu.

Beliau berkata, pelbagai masalah perlu diatasi terlebih dulu bagi menarik lebih ramai warga kota menggunakan kemudahan awam itu.

“Semua orang suka naik bas jika ia efisyen. Bagaimanapun, ada kala jadual perjalanan bas tidak tepat. Contohnya, ada bas dijadualkan bertolak setiap 15 minit gagal berbuat demikian.

“Ini membosankan pengguna kerana ada sesetengah kes yang terpaksa menunggu sehingga berjam-jam bagi mendapatkan perkhidmatan itu,” katanya yang memaklumkan pernah beberapa kali terpaksa menunggu lebih satu jam untuk ke tempat kerjanya di Presint 1.

Habibah Abidin, seorang pelajar pula berkata, masalah kekurangan bas semakin serius menjelang waktu puncak antara jam 4.30 petang hingga 6 petang setiap hari.

“Walaupun bas lambat sampai, saya tetap tunggu kerana tiada pilihan. Mahu tidak mahu saya terpaksa tunggu,” katanya.

Beliau berkata kesal dengan sikap tidak prihatin pemandu bas terhadap keselamatan pengguna menyebabkan orang ramai kurang berpuas hati dengan kemudahan itu.

“Pemandu bas kerap memecut dan ada kalanya bas bergerak sebelum penumpang turun sekali gus membahayakan mereka,” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan sebahagian 50,000 penghuni Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan terutama yang menggunakan pengangkutan awam boleh menarik nafas lega berikutan tindakan Perbadanan Putrajaya menambah jumlah bas.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique, berkata lima bas itu adalah sebahagian daripada 51 bas NGV dan empat bas enjin diesel yang ditempah Perbadanan Putrajaya bagi menampung perkhidmatan harian 25 bas Nadiputra yang sudah beroperasi di sekitar Putrajaya sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, Perbadanan Putrajaya memperuntukkan lebih RM31 juta bagi membeli 55 bas baru menggunakan enjin jenis GE12T1 dengan 40 tempat duduk serta tambahan 23 penumpang berdiri.


Siapalah nak dipersalahkan ni yer? Rasanya kalo ada byk2 pun tak guna kalo pekerjanya takde.. hi merapu betulla.. bas ada.. pekerjanya pulak takde.. nampaknya kena beli bas yang boleh berjalan sendiri tanpa pemandu kot.. ada jual ker bas mcm tu..

So.. pengajaran dari cerita ni.. Beli bas yg enjin canggih mcm roket ke bulan pun tak der gunanya kot kalo bas tu takley berjalan sendiri waktu pemandunya mogok hehehe…




No comments: